BANGKOK: Thailand mengerahkan pasukan khas tentera di wilayah utara Chiang Rai bagi membantu pihak berkuasa menyelamatkan beribu mangsa dengan bot dan helikopter. Ketika ini, sekurang-kurangnya 33 orang maut di seluruh Thailand sejak pertengahan Ogos akibat beberapa kejadian berkaitan hujan termasuk tanah runtuh, dengan sembilan kematian minggu ini di dua wilayah utara dilanda cuaca buruk yang dibawa oleh Taufan Yagi. Taufan Yagi, ribut paling kuat melanda Asia tahun ini, membunuh sekurang-kurangnya 197 orang di Vietnam, di mana ia mendarat pada hari Sabtu dan membadai sebahagian ibu kota Hanoi. Menurut ketua daerah Mai Sai, Narongpol Kid-an, di wilayah paling utara Thailand, Chiang Rai, air banjir mula surut dari beberapa kawasan di daerah Mai Sai yang dilanda teruk, tetapi banyak penempatan di tepi sungai masih dinaiki air. "Kami bergegas membawa keluar orang yang terperangkap di dalam rumah mereka, tetapi masih terdapat ratusan orang yang perlu diselamatkan.
"Pihak berkuasa tempatan menggunakan bot dan helikopter, dengan sokongan pasukan khas SEAL Tentera Laut Thailand untuk menjalankan operasi," katanya. Sementara itu, Tentera Laut Thailand berkata, ia mengerahkan sembilan bot untuk menghantar lebih 1,000 pakej bantuan di Chiang Rai yang teruk dilanda banjir. Ketua Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Chiang Rai, Kornchit Chomphudeng, berkata daripada 10 penerbangan yang dijadualkan masuk dan keluar dari lapangan terbang Chiang Rai hari ini, sembilan sudah dibatalkan. "Lapangan terbang tidak dinaiki air tetapi air yang semakin meningkat menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui," katanya. Selain itu, wilayah pergunungan yang dibelah dua oleh Sungai Kok, Chiang Rai adalah antara satu daripada lima wilayah utara Thai yang dilanda banjir teruk bulan lalu. Pihak berkuasa merancang untuk bergantung kepada helikopter Tentera Udara Thailand untuk menghantar makanan dan air kepada kira-kira 3,000 orang yang terkandas di kawasan Empangan Ban Kwai Wua di Chiang Rai. Manakala 200 orang lagi terperangkap di sebuah sekolah, menunggu untuk dipindahkan ke pusat penyelamat. Pejabat Sumber Air Negara Thailand mengeluarkan amaran kepada 36 wilayah, termasuk ibu kota Bangkok bagi potensi banjir kilat akibat hujan lebat. - REUTERS Sumber - Berita Harian |
supernaturalee replied at 13-9-2024 08:53 AM
adakah cuaca buruk ni akan turun ke semenanjung
lately ni dlm panas2 tu sekali sekala hujan lebat ju ...
ADVERTISEMENT