Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein berkata dia memilih untuk ‘menyembunyikan’ wajah dua anaknya dengan emoji setiap kali memuat naik gambar di Instagram kerana merasakan ada kebaikannya. Memetik BH Online, Elly bagaimanapun berkata dia tidak menyembunyikan wajah anaknya apabila di tempat umum dan ada sahaja yang akan menegur anak sulungnya, Sefhia sudah besar. “Saya memang memilih sembunyi wajah anak dalam media sosial selagi mampu. Ini kerana, saya hanya meletak emoji dalam dalam IG sahaja. “Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia sudah besar. Cuma, dalam media sosial sahaja tak ‘share’ (kongsi) sebab lagi banyak kebaikan,” katanya. Sementara itu, Elly berkata perkara tersebut terpulang kepada ibu bapa masing-masing jika mereka tidak mahu berkongsi foto anak dalam media sosial.
“Setiap ibu bapa ada cara untuk membuat perkongsian anak-anak dalam media sosial). Saya memang memilih biarlah anak-anak berada di belakang tabir. “Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu. “Nanti, apabila sudah besar ikut kepada Sefhia sama ada nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikTok dan sebagainya,” katanya. SUMBER: BH Online |
mamaterrer replied at 18-9-2024 07:24 PM
Tgk cite kak kepom ngn zamarul tu kelakar btul.. Penat aku gelak2.. Si zamarul pn msk air, mjadi lak ...
cantthinkofany replied at 18-9-2024 08:35 PM
tjuk apa eh....nak tengok jugak....
mamaterrer replied at 19-9-2024 06:47 AM
Terompak sana tertukar sini.. Zamarul jd kak kepom, mmg klaka gile.. Gedik2 ngn mulut gitu...i tgk ...
naina replied at 19-9-2024 12:39 PM
Cuba anak dia comel kebabom rasa2 dia nak show off tak. MMG anak dia muka awam je..lagi2 yang peremp ...
ADVERTISEMENT