Meskipun hangat diperkatakan mengenai berita kemelut rumah tangganya, pelakon Fattah Amin dilapor tenang di set penggambaran. Memetik Utusan Online, sumber berkata Fattah yang kini sedang menjalani projek supertele 11 Cinta Sebelum Kamu, tidak pernah buka mulut baik tentang rumah tangga mahupun mengenai isterinya, Fazura. “Fattah tidak menunjukkan apa-apa respons atau tindak tanduk yang pelik. Dalam set dia nampak fokus kepada kerja. Dia juga beri kerjasama yang baik dengan semua orang di set penggambaran. “Di luar set, dia akan ke surau dan pergi makan. Waktu itu pun dia masih nampak tenang,” menurut sumber. Sumber memberitahu semua kru dan pelakon menghormati Fattah dan enggan bercakap mengenai perkara tersebut meskipun tahu mengenai desas desus mengenai rumah tangga aktor itu. “Setakat ini Fattah tidak buka mulut mengenai hal peribadi. Semua orang di produksi juga tidak bercakap mengenai hal peribadi Fattah. Perkara itu yang membuatkan Fattah boleh fokus,” katanya.
Jumaat lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. SUMBER: Utusan Online, Rotikaya |
codenamedream replied at 18-9-2024 12:48 PM
Utusan nak cari duit. Sebab nak baca article dia kena subscribe.
Berita traffic tinggi haruslah dip ...
masnona replied at 18-9-2024 11:31 AM
So dia tak kisah la cerai ke tak. Bg dia hidup dia sama je
bambimo replied at 18-9-2024 11:43 AM
pehtu reput expect nk dia buat apa kat set?
meratap hiba cm xde hidayah ke, bentak2 kaki cm budak k ...
ADVERTISEMENT