CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak guna punya bapa, anak sendiri nak 'dibakar'

20-9-2024 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14391| Komen: 28

 


KUANTAN – Tindakan seorang lelaki yang cuba mengugut bekas isterinya dengan menghantar video memukul dan cubaan membakar anak lelaki mereka membawa padah apabila dia diberkas pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dengan kerjasama IPD Maran telah bertindak membuat tangkapan ke atas suspek susulan dari aduan yang diterima dari bekas isteri suspek petang semalam.

Katanya, suspek berusia 35 tahun itu berjaya ditahan pada pukul 10.30 malam hari sama di perhentian bas hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2, Maran, dipercayai cuba melarikan anak lelaki mereka yang berusia dua tahun.

Menurut laporan dibuat, difahamkan pengadu yang telah diceraikan suaminya pada Ahad lalu telah menghantar anak lelakinya yang berusia dua tahun ke rumah suspek yang terletak di Beserah, di sini, pada Selasa kira-kira pukul 5.25 petang


“Sekitar pukul 11.11 malam, pengadu yang berada di rumahnya di Sungai Lembing, di sini, telah menerima beberapa video yang dihantar oleh bekas suaminya yang bertindak memukul dan memarahi anak lelaki mereka tanpa sebab sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut kelihatan seperti trauma serta ketakutan.

“Suspek sekali lagi menghantar beberapa video memarahi anak mereka dengan memukul dan telah mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut pada pukul 4.27 petang hari yang sama.

“Bimbang dengan keadaan tersebut, pengadu kemudiannya telah bertindak membuat laporan polis dan tindakan segera diambil bagi menangkap suspek,” katanya memberitahu suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Difahamkan video yang dihantar kepada pengadu berkenaan merupakan ugutan dan protes berkaitan kemelut rumah tangga mereka kerana suspek tidak bersetuju dengan penceraian tersebut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jikookie 20-9-2024 09:27 AM
Aik suspek tak setuju bercerai? Tapi ayat kat atas tu cakap telah diceraikan. Seolah2 suspek yg rela hati ceraikan bekas bininya. Ke aku yg salah faham hahaha

Tapi sungguh tak cerdik ye bergaduh libatkan anak2 ni. Kau tak puas hati dgn partner, f2f jela dgn partner. Tak perlu libatkan anak2. Dah la kecik lagi bukannya faham apa2 pun budak tu. Boleh trauma budak tu kena marah2 ugut nak bakar segala  
Quote zehra2 20-9-2024 10:04 AM
kenapa antor anak pd ex laki dia?
trauma budak tu.. kalau mati, anak tu, tak menyesal ke..
Quote Rdizz 20-9-2024 10:53 AM
Tak cerdik punya pompuan, takkan tak kenal lagi ex husband punya perangai dah kawin sampai beranak, boleh pegi hantar ank umur 2th kat penagih dadah. Tak kesian kat ank ke, ke dia sama 2x5 dgn ex husband tu. Dua2 org suami isteri patut didakwa atas sebab pengabaian.
Quote Moklove92 20-9-2024 11:07 AM
Maka betullah kata-kata pujangga Khaled Hosseini “Like a compass needle that points north, a man's accusing finger always finds a woman. Always.”

Tetap juga nak salahkan ibu sebab hantar anak ke bapa dan bukan point out bapa dia sampai ke kategori nak membakar? Mungkin ibunya nak anaknya kenal dan terima kasih sayang ayah, siapa sangka ayah akan buat anak dia macam tu. Kalau dia tak sayang anak dia, tak ada la dia buat report polis. Entah2 ni first time dia hantar anak dia sendirian dengan ayah dia. Sudah-sudahlah salahkan perempuan atau ibu.
Quote airmineral 20-9-2024 11:50 AM
Omg 2 tahun budak nak manja² lagi boleh rasa nak bakar budak?
Elok bakar tote laki nk dulu
Gerammmm aku
Quote dua_chzy 20-9-2024 11:53 AM
Hanto salah. Tak hanto salah.

Macam kes hanto anak pi pusat jagaan/pengasuh.

Persoalan sebenar adalah kenapa bapak tu meroyan sampai hati pi sakitkan anak sendiri. Bukan kenapa mak bagi anak spend time dengan bapak untuk bonding.

Quote yebit157 20-9-2024 12:16 PM
Dah ada anak, nak dibakar pula. Tak faham la orang macam ni.
Quote asfaz 20-9-2024 12:19 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DAGbuwyytd8/?igsh=MXIxbGIwcnB4YmpsbQ==[/ig]

Bapak bodoh
Quote asfaz 20-9-2024 12:21 PM
Rdizz replied at 20-9-2024 10:53 AM
Tak cerdik punya pompuan, takkan tak kenal lagi ex husband punya perangai dah kawin sampai beranak,  ...

Dah la ada kes jenayah ,kes dadah,berani pulak hantar anak kat bekas laki.
Quote any42 20-9-2024 12:36 PM
apekate ko bkar je la k*** ko sendiri supaya xdpt mmbiak. kesian ank dpt bapak mcm ko.
trauma bdk tu kesiannya
Quote jari10 20-9-2024 12:39 PM
Mak pun bongok yg kau htr anak pd jantan tu dah kenapa
Quote batmana 20-9-2024 02:22 PM
Sama je laki bini
Bini agknya mulut cabar laki dia.
Laki dia pun bingai..ikut cabaran tu.
Jadilah cmni
Quote sukacactus 20-9-2024 02:24 PM
Tindakan betul si mak, is buat report polis
Tindakan xbetul si mak, is hantar ank dkt ex yg biul
Quote ninja boy 20-9-2024 03:00 PM
Apa semua dibebankan kepada perempuan kah
Quote cap_ayam 20-9-2024 03:04 PM
JKM tolong ambil anak ni.
Quote pocongkiutss 20-9-2024 05:18 PM
Rdizz: Tak cerdik punya pompuan, takk ...


Penagih mulut manis beb..jgn memain

Lepas kena hempuk..dia ayat2kan kau..terus lupa dah
Quote lilacomot 20-9-2024 05:29 PM
sialnye pendadih...mesti ayat rindu kt anak laa ape la...dh bg buat mcm tu lak kt anak....yihhhh
Quote dua_chzy 20-9-2024 05:34 PM
Takpa uols. Nanti anak dia dah besar, reti la dia bakar bapak dia balik. Yang pada ketika itu asam kecut tunggu mampus saja. Pehtu netizens kutuk2 sampai hati kau bakar bapak kandung kau, etc etc. Macam kita kat porom la. Yang cepat kesian urang tua.
Quote hokeypokey 20-9-2024 06:30 PM
bodo punya jantan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top