CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tokyo tuntut penjelasan selepas budak lelaki Jepun mati ditikam di China

20-9-2024 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13694| Komen: 8

 


TOKYO – Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini menuntut penjelasan Beijing berhubung serangan pisau yang meragut nyawa seorang murid sekolah Jepun di Shenzhen dan menggesa China memastikan keselamatan semua rakyat Jepun di negara itu.

Beijing membalas dengan mengucapkan takziah dan menyebut pembunuhan itu sebagai insiden terpencil yang ‘boleh berlaku di mana-mana negara’.

Walaupun motif penyerang tidak jelas, pegawai-pegawai Jepun menggesa supaya kawalan keselamatan di sekitar sekolah-sekolah Jepun di China diperketatkan.

“Buat masa ini, kami mendesak China untuk memberi penjelasan mengenai fakta kes. Memandangkan sudah lebih sehari sejak kejadian ini, kami menjangkakan mereka (Beijing) memberikan penjelasan secepat mungkin,” kata Kishida yang menganggap serangan itu ‘amat keji’.

“Kes seperti ini tidak boleh berulang. Kami akan menyeru China untuk memastikan keselamatan warga Jepun dan mencegah kejadian serupa daripada berulang,” tambahnya.


Polis Shenzhen berkata, seorang lelaki telah menyerang kanak-kanak bawah umur pagi semalam dengan mangsa dikejarkan ke hospital. Suspek yang berusia 44 tahun itu turut ditahan, kata polis.

Media Jepun melaporkan, mangsa ialah warganegara Jepun berumur 10 tahun yang tinggal di bandar Shenzhen, selatan  China dan diserang berhampiran sekolah Jepun.

Beijing hari ini  menyatakan rasa kesal dan sedih berhubung insiden malang itu.

Lewat semalam, sebelum budak lelaki itu meninggal dunia, Timbalan Menteri Luar Jepun, Masataka Okano memanggil Duta Besar China ke Jepun, Wu Jianghao untuk menyampaikan ‘kebimbangan serius’ mengenai serangan itu.

Pada Jun lepas, seorang ibu dan anak warga Jepun cedera dalam satu lagi serangan pisau di Suzhou dekat Shanghai. Kementerian Luar China pada masa itu menyifatkan kejadian juga sebagai ‘insiden terpencil’.

Seorang wanita China berusia 55 tahun meninggal dunia ketika cuba menghalang penyerang dan diberi penghormatan kerana tindakannya oleh kerajaan tempatan.

Masih tidak jelas sama ada insiden terbaru tersebut bermotifkan politik. – AFP 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-9-2024 09:34 AM
Cite pasal.jepung ni

Iols baru je tengok grave of the fireflies
Ohoi sedihnya iols tak sanggup nak habiskan tengok...takat setsuko berhalusinasi batu tu makanan je...
Quote doubleA 20-9-2024 09:46 AM
Kesiannya budak tu, pasal dendam ke apa ni. Kalau warganegara mati di negara lain memang benda biasa kalau ada motif tertentu, tapi ni budak ya kt area sekolah pula so motif apa? Pembunuh tu gila ke
Quote honam 20-9-2024 10:04 AM
yazuka akan balas dendam ke?
Quote nisako 20-9-2024 03:41 PM
sianye
Quote PULANGKAN 20-9-2024 06:58 PM
shernazz replied at 20-9-2024 09:34 AM
Cite pasal.jepung ni

Iols baru je tengok grave of the fireflies

cerita tu memang tiptop emotional damage dia.. Iols pun murung berminggu dulu
pastu, dalam poster movie dia, tu bukannya fireflies. tapi bom yang dijatuhkan pesawat
Quote Freezies 20-9-2024 07:16 PM
shernazz replied at 20-9-2024 09:34 AM
Cite pasal.jepung ni

Iols baru je tengok grave of the fireflies


Iols tengok anime tu trauma terok jugak.

Tpikan bila dipikirkan balik yng diorng(askar jepun) pernah buat onar pada zaman perang dulu terus tk jadi kesian.kira you reap what you sow gittuh..
Quote shernazz 21-9-2024 12:46 PM
Freezies replied at 20-9-2024 07:16 PM
Iols tengok anime tu trauma terok jugak.

Tpikan bila dipikirkan balik yng diorng(askar jepun) per ...

Kan..iols mmg bila pikir jepung jajah n buat negara lain
Tp tu lah..kesian anak2 rakyat yang jadi mangsa
Laki iols cakap jangan habiskan..
Biarkan situ je..haha
Iols dari mula dah bergenang air mata...
Quote shernazz 21-9-2024 12:47 PM
PULANGKAN replied at 20-9-2024 06:58 PM
cerita tu memang tiptop emotional damage dia.. Iols pun murung berminggu dulu
pastu, dalam poster  ...

Iols nanges sampai nak tido oung teringat2
Padahal tak habis nengok lg
Setsuko halusinasi batu jadi nasik iols dah nanges kaw kaw....
Huhuhuuuu....kesian sangat2 ..
Alahai...ada plak gula2 gambar setsuko..mmg nanges la iols

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.032306 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top