CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Okay Kalau Orang Cakap Saya Dah Gemuk, Saya Okay Saja Kalau Orang Cakap Saya Hamil" - Zulin Aziz

20-9-2024 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12580| Komen: 18

 


Pelakon Zulin Aziz berkata dia tidak kisah dan gembira jika ada orang yang menegur bentuk badannya semakin berisi disebabkan mengandung.

Memetik Astro Gempak, Zulin bagaimanapun berkata dia akan rasa kecil hati jika ada yang menegur dirinya ‘gemuk’

“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk…saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur ‘eh pregnant’.

“Saya akan ‘amin’ sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan. Kalau macam orang tegur ‘kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.

“Bagi saya kalau nampak saya gemuk tu…anggap saja yang saya hamil,” katanya.


Sementara itu, melihat orang ramai teruja kerana menganggap dirinya hamil, Zulin berkata dia menjadi lebih bersemangat untuk mendapatkan zuriat serta melihat ianya satu doa.

“Saya anggap mereka teruja la dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.

“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi saya biarkan saya dan anggap saja la saya hamil,” katanya.


Sumber – Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-9-2024 03:01 PM
Kenapa orang muda suka men tua kan diri?
Quote BoongaKertas 20-9-2024 03:04 PM
"semangat nak buat anak" tu tersembur air kopi meols. ya ampun, segannya ayat tu. ayat dia sendiri ke?
Quote SherryZass 20-9-2024 03:06 PM
BoongaKertas replied at 20-9-2024 08:04 AM
"semangat nak buat anak" tu tersembur air kopi meols. ya ampun, segannya ayat tu. ayat dia sendiri k ...

Zass, iolls baca balik karangan di atas
mak aih tak beralas kau ya zulin terdampar (kalau bethol dia yang berkata demikian, bukan ditokok tambah)
Quote MistrezHermanaz 20-9-2024 03:07 PM
tiber bgtau buat comeback dgn masuk musikal lawak superstar..sapa yg duk tunggu2 sgt tu
Quote BoongaKertas 20-9-2024 03:10 PM
SherryZass replied at 20-9-2024 07:06 AM
Zass, iolls baca balik karangan di atas
mak aih tak beralas kau ya zulin terdampar (kalau be ...

iols masih berhrp ayat sheols ditokok tambah oleh reputz utk kedengaran sdp. tp kalau bukan, aiyo, segannya.
Quote cantthinkofany 20-9-2024 03:23 PM
betul ke orang kata....kalau banyak sangat makan ubat kurus boleh jadi susah nak ngandung?
Quote cantthinkofany 20-9-2024 03:23 PM
betul ke orang kata....kalau banyak sangat makan ubat kurus boleh jadi susah nak ngandung?
Quote pocongkiutss 20-9-2024 03:33 PM
cantthinkofany replied at 20-9-2024 03:23 PM
betul ke orang kata....kalau banyak sangat makan ubat kurus boleh jadi susah nak ngandung?

Mmg boleh effect pun kan
Quote cantthinkofany 20-9-2024 03:45 PM

tu la aku pun rasa mcm tu jugak....anyway anak adalah rezeki dari Allah...
tapi aku ada saut kemusykilan...betul ke suami suka isteri yg kurus?
Quote aemon 20-9-2024 03:52 PM
Dia ni obses kurus ye.susah nk ckp badan dia..
Quote oggy 20-9-2024 04:10 PM
Insecure ke..
Quote prettyuglybabe 20-9-2024 04:47 PM
try hard sangat dia ni..
potong habis je la perut tu..
confirm takkan gemuk dah
Quote bintangct 20-9-2024 09:44 PM
brp umur dia
Quote jihah_kudat 21-9-2024 03:09 PM

insecure la nyah dah berhabis duit potong..tetiba orang cakap gemuk....
kalau cakap preknen sedap sikit bunyinya..
Quote surihatilara 21-9-2024 03:42 PM
dua_chzy replied at 20-9-2024 03:01 PM
Kenapa orang muda suka men tua kan diri?

Before orang lain tegur nampak tua dari usia, ngaku sendiri je lah so kalau ada kedut² or fine lines, takdelah down sangat rasa. Ala2 body dysmorphia gitew.
Quote Kurex 21-9-2024 04:57 PM
tak cite pasal jantan, cite pasal saiz badan. tu je la level kau
Quote Jikookie 21-9-2024 06:35 PM
BoongaKertas replied at 20-9-2024 03:04 PM
"semangat nak buat anak" tu tersembur air kopi meols. ya ampun, segannya ayat tu. ayat dia sendiri k ...

Haah perasan jgk ayat dia ni. Dua kali iols baca kot la salah tgk. Kita yg baca ni plk rasa segan
Quote MistrezHermanaz 21-9-2024 07:48 PM
Tgk dlm vt muzikal lawak tu kurus je.. Insecure betul sejak kurus ni .. Sikit2 cakap badan naik

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top