Dikecam hebat berhubung isu ‘abang bas’, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia menganggap ianya sebagai cabaran untuk mendidik masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang semakin membimbangkan. Memetik Kosmo, Uyaina berkata dia sudah lali dengan kata-kata cacian dan hinaan dan tidak kisah dilabel sebagai ‘terpaling’ lantang mengenai isu berkenaan. “Bukan nak kata sebab saya ada latar belakang dalam bidang undang-undang tetapi perkara ini tak perlu menjadi seorang peguam pun untuk suarakan. “Benda ini hanya perlu pakai otak, isu ini sudah ada akta. Mengikut akta, apa yang Abang Bas lakukan itu adalah salah. Jadi siapa saya untuk dakwa sesuka hati sahaja? “Saya cakap berdasarkan fakta. Nak cakap saya ‘terpaling’ terpulang. Saya hanya mampu sebarkan kesedaran sahaja,” katanya. Sementara itu, Uyaina berkata lagi mana-mana individu yang terbabit termasuk abang bas layak mendapat pembelaan selagi belum disabitkan bersalah.
“Ini adalah hak undang-undang untuk semua orang. Alhamdulillah, ada peguam secara sukarela ambil kes tersebut dan ada yang mahu mendapatkan keadilan untuknya. “Itu adalah hak asasi, semua orang harus diberi peluang untuk membela diri sendiri. Saya pun tak pernah jatuhkan hukuman kepada Abang Bas, biarlah mahkamah yang mengadili,” katanya.
|
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek ...
mongoose_kidz replied at 20-9-2024 07:01 PM
Laa....mmg dia educated pun.n dia guna follower dia yg ramai utk create awreness.bagus dia berani ...
nurul_akmar replied at 20-9-2024 06:36 PM
aku rasa warga tiktok dh xboleh diselamatkan lagi.. mmg beyond fb
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek ...
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek ...
pocongkiutss replied at 20-9-2024 03:37 PM
Sapa2 je family abg bas bangang ni nk saman..iols akan chip in derma!!
Purplehaz replied at 20-9-2024 08:51 PM
Cuba Acik terpaling ulas..create awareness Kes terpaling Gisb ..nk brani tak?? Ker kne tgok backgrou ...
ADVERTISEMENT