GEORGE TOWN – Seorang pemuda dari Pulau Pinang pula mahu mencipta rekod baharu pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Jalan Dato Keramat di sini apabila menikmati hidangan signatur itu pada harga RM400, hari ini. Menerusi Facebook restoran berkenaan, pelanggan yang dipercayai berasal dari Bayan Baru itu datang ke premis berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi dan menghabiskan kesemua hidangan yang dibelanja rakannya selama tempoh sejam. Lelaki itu memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80),29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48). “RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod. “Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.
“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai (datang) makan. Siap buat live TikTok,” katanya di sini sebentar tadi. Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan komen berbentuk nasihat kepada pelanggan terbabit agar menjaga kesihatan dan jangan keterlaluan ketika menikmati hidangan berat. “Jaga kesihatan brader. Banyak udang dan sotong, harap tak gout,” kata pengguna. “Rakyat Malaysia memecah rekod atas sebab yang salah. Jika dia makan sebanyak ini, dia akan mengalami semua penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung. Dia mungkin akan menghadapi masalah untuk orang tersayang,” komen seorang pengguna lagi. Terdahulu, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencipta rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu. Sebelum itu, seorang lelaki dari Bayan Lepas mencatatkan rekod tertinggi apabila menikmati hidangan set talam nasi kandar di restoran yang sama pada harga RM350 seorang dalam masa sejam pada 19 Ogos lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
nolya replied at 20-9-2024 04:52 PM
Hari ini ramai orang yg syok sediri mau berbangga dgn 'yg terpaling': terpaling masyhurlah, terpali ...
ADVERTISEMENT