CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 21 hari di Penjara Kajang atas pertuduhan rog*l, Da'i Syed dilepas sementara

21-9-2024 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21300| Komen: 117

 


Selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili pemohon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan di bawah Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu di Mahkamah Tinggi.

Tambah beliau mahkamah turut membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat namun butiran syarat itu tidak boleh didedahkan secara terperinci.


Dalam prosiding hari ini, selain Abu Bakar dan Mohamed Baharudeen Da’i Syed turut diwakili peguam-peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Muhammad Amin Othman daripada firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

 

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 21-9-2024 09:59 AM
Mmmmmm…
Quote Mooverine 21-9-2024 10:29 AM
boleh pulak macam ni ya?
Quote hanihan16 21-9-2024 10:35 AM
maknanya bebas sampai selasa depan la kan, 24 sept? ape la syarat2 yg rahsia tu sampai boleh pulak dia dibebaskan sekejap. mcm duduk asrama pulak ada balik rumah skjp
Quote Manusiabesa 21-9-2024 10:37 AM
Gila seks je tu. Balik nk romen bini. Lapaq puki
Quote Incanto 21-9-2024 10:41 AM
Wadehek?

Quote L.U.S.M 21-9-2024 10:43 AM
Mcm mana boleh lepas plak..
21hari too short laaa..aiyoooo

Patut bg la 2-3bulan..hmm
Quote Hoola 21-9-2024 10:43 AM
hakkkkkkk...ptuihhhhhhhhhhhhh la dae shit hoii!
Quote MissVixen 21-9-2024 10:44 AM
Jenayah rogol boleh bagi jaminan dan lepas kejap? Acik lawyer forum, memang boleh ye???
Quote Jikookie 21-9-2024 10:49 AM
Oh ada je jgk eh camni, dibebaskan sementara. Dah macam masuk keluar asrama
Quote brunesss 21-9-2024 10:54 AM
siapa yang approve bail si jambang bulu puk1 ni. aku doa mudah2an si lahanat ni mereput dalam jail. rosak anak org bahlol!
Quote Minami2013 21-9-2024 10:56 AM
Baru tau boleh keluar penjara sekejap2
Quote sharlenetexas 21-9-2024 10:56 AM
Tak sangka boleh outing rupanya.


Quote doodlediddle 21-9-2024 10:57 AM
Manusiabesa replied at 21-9-2024 10:37 AM
Gila seks je tu. Balik nk romen bini. Lapaq puki

Kan tgh pantang, mane boleh nk berasmaradana
Quote menjad 21-9-2024 10:58 AM
Boleh gitu yer. Holiday kjap
Quote linb 21-9-2024 11:03 AM
Quote Aneem 21-9-2024 11:17 AM
doodlediddle replied at 21-9-2024 10:57 AM
Kan tgh pantang, mane boleh nk berasmaradana

Kalau dh jenis laki bini kelapaq seks, depa pedulik apa.
Tgk sama naik je laki bini.
Silap2 sebelum masuk balik, bini mengandung.
Quote kucing_gebu 21-9-2024 11:24 AM
Gambar atas tu nampak kertu gila dia ni
Quote mizzelly15 21-9-2024 11:29 AM
MissVixen replied at 21-9-2024 10:44 AM
Jenayah rogol boleh bagi jaminan dan lepas kejap? Acik lawyer forum, memang boleh ye???

Dia masukkan permohonan utk gantung plaksanaan pending rayuan mcm najib dulu…so tangguh dulu jail term tu. Dh dgr rayuan nnti klau kputusan jail tu maintain duduk la sana blk…klau kputusan overturn and mhkamah rayuan kt x sslah lps la dia
Quote Mata.kucing 21-9-2024 11:32 AM
alhamdulillah smoge dpmdhkn urusan

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.035919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top