CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghutang PTPTN bakal dikenakan tindakan - Kementerian Pendidikan Tinggi

23-9-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20664| Komen: 34|Original author: maklukpenggoda





MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan beberapa tindakan termasuk berkaitan undang-undang terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang langsung tidak membayar semula pinjaman mereka sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sehingga kini seramai 430,000 peminjam yang masih gagal dikesan belum membayar balik pinjaman tersebut.


Menurut beliau, perkara itu amat serius kerana melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM6 bilion.

"Saya tidak merujuk kepada mereka yang sedang membayar ataupun yang lari sekejap, kurang bayar sekejap ini, tetapi yang kita maksudkan ialah mereka yang langsung dan sejak hari pertama sampailah sekarang tak peduli untuk membayar.

"Saya mengingatkan kepada mahasiswa-mahasiswi kita akan tanggungjawab moral kita iaitu wang ini adalah bentuk wang pinjaman nanti apabila selepas mereka belajar, mereka sudah pun mendapat pekerjaan yang baik, laksanakanlah tanggungjawab moral kita kerana wang itu apabila mereka bayar balik, kita akan gunakan untuk membantu generasi yang akan datang pula," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Sementara itu Zambry berkata, perkara tersebut akan diteliti secara mendalam dan dibawa ke kabinet untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun katanya, PTPTN masih menggunakan pendekatan berhemah dalam memastikan peminjam membayar balik pinjaman tersebut.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, kita tetap berhemah. Kita faham keadaan tetapi saya nak supaya mereka ini datanglah ceritakan keadaan mereka.

"Tetapi dalam berhemah mereka juga perlulah mempunyai tanggungjawab moral untuk laksanakan dan kita akan melihat apakah tindakan-tindakan yang akan kita umumkan langkah-langkah seterusnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry menyerahkan siasatan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kepada pihak polis jika terdapat pensyarah mahupun pelajar yang terlibat.

Menurutnya, perkara itu merupakan bidang kuasa pihak keselamatan terutama polis.

Sumber : Sinar Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 23-9-2024 08:36 AM
Elok lah saman


Orang berhutang ni dah mati pun tak tenang tau... masa hidup pun gundah gulana tido tak lena
Quote misszazaz 23-9-2024 08:51 AM
cepat g baya
Quote pooh~key 23-9-2024 08:54 AM
Hutang, what is that sissy?
Quote maklukpenggoda 23-9-2024 09:12 AM
[twitter]https://twitter.com/bigsnorlax1985/status/1837627648438423934?s=61[/twitter]
Quote A-Are 23-9-2024 09:19 AM
i olls baru settle bayar ptptn last month..lega rasanya
Quote B40tastePosh 23-9-2024 09:19 AM
Meols dah settle tahun 2019 dulu.

Syukur sangat walaupun tak ikut jadual bayar dan lewat...dapat diskaun pun sikit je dia tolak...tapi at least dapat time diskaun settle habis.
Quote Firenzza 23-9-2024 09:22 AM
43k ni yg undi pkr kot? Patutnya nuart lantik Adam adli ganti zamri  jd muntri penuh
Quote vespa_oren 23-9-2024 09:39 AM
Dah settle bayar msa zaman najib bgi diskaun jika bayar lungsum
Quote cm_vungtau 23-9-2024 09:49 AM
Ramai berenti kerja jadi housewife atau househusband kot
Quote duri_durians 23-9-2024 10:06 AM
timbalan menteri sukan taknak bersuara ke.
Quote PULANGKAN 23-9-2024 10:23 AM
memang problem pun. ramai buat perangai kalau sangkut kat gate la, ape la. nak keluar negara kena block la. mengamuk mengalahkan Karen. perangai bajet upper class T20. nak pegi vacay la, sekali sangkut ptptn

elok je bayar, settle lumpsum on the spot. boleh pun. selama ni elak kenapa?
Iols setuju, buru semua peminjam yang tak pernah langsaikan hutang sesen pun

ada duit, lebih dari mampu, tapi liat
Quote akido_kido 23-9-2024 10:23 AM
Diam terus

[twitter]https://twitter.com/riz_esp/status/1837746233043309047?s=46[/twitter]
Quote Login_ID 23-9-2024 10:35 AM
vespa_oren replied at 23-9-2024 09:39 AM
Dah settle bayar msa zaman najib bgi diskaun jika bayar lungsum

jiran aku sbl ni, dia cakap tunggu PH jadi government supaya hutang ptptn dihalalkan kerajaan.

Quote imransulaiman 23-9-2024 10:45 AM
A-Are: i olls baru settle bayar ptptn ...


Sama kita... Saya settle 3 bulan lepas. Potong gaji. Tak terasa. Tiba-tiba 2 bulan lepas gaji ada extra. Heran sekejap. Sekali check slip gaji, dah tak nampak ptptn...

Alhamdulillah legaaaaaaaa satu beban...
Quote ctaz 23-9-2024 10:53 AM
HAHAHAHA....ini mesti geng2 yg undi PH ni....
ujung2 kena kencing....
Quote Jamil_Abu 23-9-2024 11:01 AM
dah nama  pun hutangkan.. masa belajar dah sign agreement. dah puas joli duit tu so, bayar la balik kekdahnyee.
aku ni yg x berduit nak bayar tiap2 bulan decided to pay guna KWSP akaun 2, habis selesai hutang PTPTN tu guna duit KWSP. Lega, janji loan selesai..
Quote sapeka 23-9-2024 11:22 AM
Bayar la uolss
Quote AbukRokok 23-9-2024 11:24 AM
PH dah jadi kerajaan sudah malaysia menjadi Utopia Pundekdekan Purcuma
Quote rashiman 23-9-2024 12:53 PM
Edited by rashiman at 23-9-2024 12:55 PM

tentu pelajar nie ingat, hutang PTPTN telah dihapuskan, sekarang pendidikan adalah percuma....sebab dah berjaya menukarkan kerajaan...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044159 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top