CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

IShowSpeed ‘u turn’ balik Malaysia live jumpa TMJ di Stadium Sultan Ibrahim

23-9-2024 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19409| Komen: 34|Original author: Abahmung

 
 

 

PETALING JAYA – Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed membuat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

YouTuber yang mempunyai lebih 50 juta pengikut itu sepatutnya dijadualkan membuat siaran langsung di Universal Studio, Singapura malam tadi.

Bagaimanapun, siaran langsungnya bukan sahaja terhenti malah terpaksa dipadam kerana undang-undang Singapura yang menitikberatkan tentang rakaman berunsur hiburan.

Disebabkan itu, IShowSpeed akhirnya membuat keputusan untuk memenuhi jemputan Tunku Mahkota Ismail dengan menemuinya di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Difahamkan, IShowSpeed terpaksa menolak jemputan Baginda sebelum ini kerana sudah membeli tiket penerbangan ke Indonesia bagi melengkapkan siri jelajahnya ke Asia Tenggara.

“Saya terbaca komen menyatakan saya sudah dekat dengan Malaysia jadi ayuh kita mulakan.

“Dua siaran langsung dalam satu hari. Kita akan berjumpa dengan putera (Tunku Mahkota Ismail) dengan singkat,” katanya ketika baru tiba di stadium tersebut.

Sementara itu, menerusi akaun rasmi Tunku Mahkota Ismail, Baginda turut memuat naik empat keping gambar memaparkan pertemuan singkat bersama YouTuber yang turut hadir memakai jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Beberapa video tular menunjukkan Tunku Mahkota Ismail juga sempat menjemput IShowSpeed ke kediamannya di Singapura di mana putera dan puteri Baginda turut berada di sana.

Sebelum ini IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. dilaporkan berkunjung ke Malaysia sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara.

Pemuda tersebut sebelum ini telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja dan Thailand, seterusnya ke negara ini serta mengakhirinya jelajahnya ke Singapura. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 23-9-2024 05:19 PM
oh yg tertelan durian tu kan..
Quote MarryPottet 23-9-2024 05:33 PM
Bro yg jual beger tu bolehlah kalu nak tuntut semula duit beger dari dia
Aritu dia bayo guna Vietnamese Dongs tapi tak boleh nak tuko sebab moner changer & bank tak terima VND kater nyer
Quote SalenaGomez 23-9-2024 05:43 PM
Edited by SalenaGomez at 23-9-2024 05:44 PM

Maksudnya dr indon dia ke singapore ke?

Ok, bila baca semula, jumpa te emjay lepas tu ke singapore pulak
Quote Decaffeinated 23-9-2024 05:47 PM
Tak berbaloi nak amik tau
Quote ladybugz 23-9-2024 06:20 PM
seriously siapakah manusia ini? sampai tmj menjemput2 beliau. rasa tua sgt dah diri ni
Quote tripleid 23-9-2024 06:31 PM
Tmj pon dah downgrade jadi ummah bifoti sbb minat mamat nih
Quote L.U.S.M 23-9-2024 06:48 PM
Jadi gamer dgn buat benda bodoh pun blh jumpa crown prince..punyala lawak.hmm
Quote L.U.S.M 23-9-2024 06:50 PM
MarryPottet replied at 23-9-2024 05:33 PM
Bro yg jual beger tu bolehlah kalu nak tuntut semula duit beger dari dia
Aritu dia bayo guna Vietnam ...

Jahat gile kan..makan nak

Byr pakai DUIT Vietnam sampah je..even 300+tp apa guna klu xblh tukar
Quote lightheaded67 23-9-2024 08:18 PM
skrg ni dok pemes badak moo deng kat zoo thailand tu ha
Quote Belibis 23-9-2024 08:24 PM
L.U.S.M replied at 23-9-2024 06:48 PM
Jadi gamer dgn buat benda bodoh pun blh jumpa crown prince..punyala lawak.hmm

Gitu2 jer ke?? Atau ikut protokol ' daulat tuanku..sembah patik harap diampun' macam rakyat jelata lain?
Quote SalenaGomez 23-9-2024 09:15 PM
L.U.S.M replied at 23-9-2024 06:50 PM
Jahat gile kan..makan nak

Byr pakai DUIT Vietnam sampah je..even 300+tp apa guna klu xblh tukar

Laaa ye ke… kalau camtu tpaksa la abg burger tu jual mur mur duit vietnam tu pd sesapa yg nak pegi vietnam. Nak simpan oon nak buat apa.
Quote adeqbun 23-9-2024 09:16 PM
ladybugz replied at 23-9-2024 06:20 PM
seriously siapakah manusia ini? sampai tmj menjemput2 beliau. rasa tua sgt dah diri ni

Kalau i ckp medowngradekan tmj je bwk jmpe budak ni,ke dlm x ai?tp serius worth it ke masa tmj utk budak laju ni
Quote rashiman 23-9-2024 10:19 PM
L.U.S.M replied at 23-9-2024 06:48 PM
Jadi gamer dgn buat benda bodoh pun blh jumpa crown prince..punyala lawak.hmm

punyai 50 juta pengikut... semakin famous JDT....
Quote L.U.S.M 23-9-2024 11:27 PM
rashiman replied at 23-9-2024 10:19 PM
punyai 50 juta pengikut... semakin famous JDT....

Famous nk pergi mana...dia bukan msian to begin with
Quote L.U.S.M 23-9-2024 11:30 PM
Belibis replied at 23-9-2024 08:24 PM
Gitu2 jer ke?? Atau ikut protokol ' daulat tuanku..sembah patik harap diampun' macam rakyat jelata ...

Dah sah2 mcm jumpa member masa makan burger tepi jalan.hahaha
Quote rashiman 23-9-2024 11:50 PM
Edited by rashiman at 23-9-2024 11:52 PM
L.U.S.M replied at 23-9-2024 11:27 PM
Famous nk pergi mana...dia bukan msian to begin with


Dengan berpuluh juta pengikut, sedikit sebanyak dapat membantu promosi jersey JDT, stadium SSI, kelab JDT...
Quote L.U.S.M 24-9-2024 12:02 AM
rashiman replied at 23-9-2024 11:50 PM
Dengan berpuluh juta pengikut, sedikit sebanyak dapat membantu promosi jersey JDT, stadium SSI, ke ...

Tak achieve target pun sbb dia bukan footballer..gamer if xmistaken
Quote MissYouSayang 24-9-2024 02:02 AM
Ramai yg ckp topoi dah downgrade diri dia sdiri  but bila masa topoi tu classy selama ni.dok gaduh sana sni..ngam ler tu jumpa someone sepesen ngn dia gak
Quote PULANGKAN 24-9-2024 08:06 AM
Bagaimanapun, siaran langsungnya bukan sahaja terhenti malah terpaksa dipadam kerana undang-undang Singapura yang menitikberatkan tentang rakaman berunsur hiburan.


Iols lebih curious dengan undang2 Singapura yang ni. mohon pencerahan yang arif? terima kasih

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033413 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top