CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki dengar bisikan halus nyaris terjatuh dari Jambatan Tendong

23-9-2024 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35401| Komen: 10

 


KOTA BHARU – Seorang buruh yang dipercayai terdengar bisikan halus sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Suhardi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.22 malam sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di jambatan tersebut, lelaki berusia 29 tahun itu sudah dipegang oleh orang awam untuk mengelakkan dia daripada terjatuh ke dalam sungai.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk lelaki itu daripada cuba untuk terjun.

“Lelaki itu membatalkan hasrat itu selepas isterinya yang berusia 29 tahun tiba di lokasi kejadian dan memujuk mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Suhardi memberitahu, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen-2 dan berhenti sebelum bertindak memanjat pagar jambatan itu.


Beliau berkata, isterinya memaklumkan bahawa lelaki itu sebelum ini mengalami masalah mental.


Tambahnya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 24-9-2024 01:37 AM
Cuba buat urine test tengok ada ambik dadah tak.
Quote Itzy 24-9-2024 11:33 AM
Hasutan iblis ni real ya, dia akan hasut kau buat benda bukan2. Ada yg jadi murung la. Cepat2 istighfar dan dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan denhar ceramah ustaz2 di youtube, buka mutiara kata yang bagi kau semangat hidup baru. Bro ni kerja buruh, hidup dia mesti penuh tekanan sebab sekarang kos sara hidup dah meningkat. Ingat dunia ni penjara untuk umat islam beriman. Akhirat sana yang kekal selamanya. Hidup di dunia hanya sekejap saja.
Quote noor2 24-9-2024 03:10 PM
Tekanan mental@ perasaan  la ni...kalau bukan dadah la
Quote Skuau 24-9-2024 03:18 PM
AKU hanya pernah dengar....'Careless Whisper'...
Quote green~tea 24-9-2024 03:55 PM
Macam dadih je.. kaki besor puntung penyapu je
Quote sambaldurian 24-9-2024 05:43 PM
Diharapkan buat solat hajat apa2 ke biar la kt masjid dekat area tu jgk, bkn la ditutup jambatan tu lg. Dh mcm thaipusam da nk tutup2 jln. Bkn dh psg jaring ke katanya xnk org terjun lg.
Quote batmana 24-9-2024 05:54 PM
dulu kecoh kene tutup 16jam,buat mjlis doa selamat, solat hajat bagai

aku rasa, psg cctv, drone ,dgn turret gun, tembak je sapa2 nak melompat jambatan tu
tembak dgn pelali cap gajah la

biar jatuh msuk jaring
takde susahkan bomba,polis  smbil drama 2,3 jam kt situ
Quote MissVixen 24-9-2024 06:28 PM
Tengok fizikal dan jenis pekerjaan macam ambil barang je.
Quote hokeypokey 24-9-2024 07:10 PM
isap gam ke
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2024 07:50 PM
Terjatuh tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035647 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top