CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang, simbolik pemisahan Sabah, Sarawak

23-9-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37761| Komen: 42

 


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu menurunkan bendera Jalur gemilang diturunkan dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap penularan video mengenai sabotaj Jalur Gemilang.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian itu dikesan berlaku di Melbourne, Australia pada 16 Sept lalu.

“Kita mendapati sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbolik menamatkan penjajahan Malaysia terhadap dua negeri berkenaan dan menjadikannya sebagai republik.

“Setakat ini, polis menerima sebanyak 35 laporan polis mengenai penularan video berkenaan melibatkan 34 laporan polis dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.


Jelas Razarudin, siasatan lanjut polis dalam isu itu mendapati video berkenaan ditularkan oleh seorang pemilik akaun media sosial iaitu warga tempatan beralamat di Sabah.

Jelasnya lagi, semakan lanjut polis mendapati individu itu memiliki dua rekod jenayah lampau kesalahan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta sedang dibicarakan di Mahkamah Kota Kinabalu.

“Suspek bagaimanapun bebas dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 di mahkamah sementaran sedang menunggu sebutan semula kes pada November depan.

“Pada masa yang sama, kita juga sedang menyiasat hubungan antara suspek dengan individu yang dirakam melakukan perbuatan berkenaan (menurunkan bendera),” ujarnya.

Tiga hari lalu, tular di Facebook DemiRakyat Channel berdurasi lapan minit 13 saat yang memaparkan sekumpulan individu bertindak menurunkan bendera Malaysia dan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen Victoria di Melbourne, Australia.

Tindakan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak separuh tiang didakwa sebagai protes mengenai penjajahan terhadap kedua-dua negeri tersebut.

Sekumpulan individu dalam video berkenaan juga turut menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku yang diubah lirik dari negeri kepada negara. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-9-2024 11:50 PM
Bebaskan mindamu dahulu.


Quote B40tastePosh 23-9-2024 11:59 PM
Sebab tu aku cakap Sabah dan Sarawak tak layak ada Konstitusi sendiri....sebab berangan lebih....diberi betis nak peha..

Sepatutnya 2 wilayah tu jadi Wilayah Persekutuan...Federal Territory ...guna hanya 1 Konstitusi sahaja
Quote Buritan 24-9-2024 12:14 AM
Nak keluat.. keluar aje laa.. bg aku pemiimpin depa ni jahak.. suka racun rkyt dia.. ape ape salah semenanjung.. pemimpin depa baik.....
Quote naina 24-9-2024 01:09 AM
Sabah Sarawak keluar Malaysia pun xde hal. Duduk la ko sana rumah atas laut. Takyah susah2 ke kat semenanjung. Makanan seafood sana lagi murah. Duduk semenanjung semua mahal tau.
Quote otai_g 24-9-2024 01:14 AM
Pdrm ni kena la jd gestapo skit. X pyh ckp bnyk Cr dalang Dan lupuskan je dalang tersebut secara alami.
Quote _kelly 24-9-2024 01:18 AM
berangan nya macam negeri dia kaya membangun sangat..keluar dari rumah, tengok kelilinga dulu dari duk sibukkan hal2 politik ulang2 sampai ajm
Quote hyie 24-9-2024 01:36 AM
ada yang komen kat fb kot...ala2 suruh cek background diorang ni dulu kot2 ada yang geng2 pinoy/suluk pendatang tu la kat borneo tu kau je lah keluar mesia sensorang
Quote izwan_izi 24-9-2024 01:51 AM
naina replied at 24-9-2024 01:09 AM
Sabah Sarawak keluar Malaysia pun xde hal. Duduk la ko sana rumah atas laut. Takyah susah2 ke kat se ...

Ntahh...dari dulu mmg mcmtu..sikit2 salahkan Malaya...dh la kita kt sini nk pergi kerja di sana disusahkan dgn Work Permit bagai...Konon melindungi hak anak jati Sabah Sarawak..tapi tak sedar berlambak2 kaum keluarga diaorg kerja beranak pinak kt Johor / Melaka / Selangor/ Penang tuuu...
Quote dua_chzy 24-9-2024 02:22 AM
Aaah.

The assholes had spoken.

Quote pokokmeranti 24-9-2024 07:51 AM
geng type C punya cita2 dari dahulu
Quote honeybee1802 24-9-2024 07:58 AM
pokokmeranti replied at 24-9-2024 07:51 AM
geng type C punya cita2 dari dahulu

Ini yg buat bendera pung ltk lambang brooke eh?adore sgt fgn si brooke tu...still terbayang bawah pemerintahan omputih...takmo la pemerintahan melayu kan...bior le...kang prc mai jajah depa...
Quote pokokmeranti 24-9-2024 08:03 AM
honeybee1802 replied at 24-9-2024 07:58 AM
Ini yg buat bendera pung ltk lambang brooke eh?adore sgt fgn si brooke tu...still terbayang bawah  ...

x sempat nak kena jajah nanti pribumi sabah dan sarawak bawa parang potong kepala type C nie nanti. tu sbb type C nie berani tunjuk biadap di luar negara
Quote darkness 24-9-2024 08:18 AM
Ntah sapa punya kerja. Biasa yg provoke ni yg tidak tinggal di sabah pun. Klu di fb, geng indon dan pelipin selalu provoke org semenanjung
Quote prince_marhaen 24-9-2024 08:25 AM
biasa yang duk aussie ni bangsat2 type-C yang acah2 pribumi S/S.... yang pribumi yang perangai sial pun ada je 2-3 ketol yang feeling2 nak buat negara sendiri, agongkan Brooke & raja Suluk... konon-konon terjajah... hujung2 sanggup merempat kat negara paling racist, nak melalak kat sini tak berani... asyik2 nak salahkan semenanjung, padahal yang buat taik kat S/S tu politician dia yang kaya raya, termasuk yang bini tek besar tu, bini retis putih melepak tu, yang itu kau tak melalak pulak sebab tak berani kan...buto la
Quote hayrin86 24-9-2024 08:50 AM
Tak mungkin Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia!
Quote TomyamPuteh 24-9-2024 08:50 AM
Kawan aku yg Sabahan dgn Sarawakian pun cakap perbuatan diorg tu macam bodoh xde akal.
Quote s@s@ 24-9-2024 09:04 AM
dulu2 16 september x cuti pun.
pastu ada sorang tu jenis api2kan org sabah serawak.
mengenangkan belah2 sana kira fixed deposit and agak lalang la jugak
kerajaan masa tu pun mula lah manjakan geng2 sana... samapai sekarang x habis2 lagi menuntut.
Quote ezacbee 24-9-2024 09:06 AM
Keluar jelah banyak bunyi..
Quote Buritan 24-9-2024 09:36 AM
prince_marhaen replied at 24-9-2024 08:25 AM
biasa yang duk aussie ni bangsat2 type-C yang acah2 pribumi S/S.... yang pribumi yang perangai sial  ...

Kannn.. ygpolitik bini tek beso tuu depa diam je satu lg yg bini retis terpaling putih tuu.. pdhl kaya gilaa.. dlm parlimen memekak..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045688 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top