Peguam mewakili Da’i Syed yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan merogol seorang wanita 5 tahun lalu, Datuk Abu Bakar Isa Ramat memaklumkan prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa. Difahamkan, tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas itu ditetapkan pada 5 November ini.
"Pada jumaat lepas, kami sudah mendapat satu penangguhan perlaksanaan terhadap keputsan mahkamah sesyen. Jadi mahkamah tinggi membenarkan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan." "Itu merupakan satu prosedur biasa sebab jika mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman, pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan perlaksanaan." "Namun mahkamah sesyen tidak membenarkan dan memutuskan anak guam saya dihantar ke penjara. Kemudian pada 18 September lalu, peguam dari firma guaman saya memfailakn penangguhan." Pada 20 September lalu, hakim telah memberikan kelulusan untuk penangguhan perlaksanaan dan Da’i Syed dilepaskan dengan jaminan. Terdahulu, Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Sumber – Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|