CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

‘Influencer’ China reka cerita hidup sengsara raih pendapatan lumayan

25-9-2024 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13567| Komen: 9

 


BEIJING – Seorang pesohor media sosial di China ditahan selepas memalsukan kisah hidupnya dengan berpura-pura dibesarkan oleh ibu angkat yang menghidap masalah mental.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, tindakan itu dilakukan demi meraih simpati dan menjana keuntungan.

Gadis yang dikenali sebagai Xiao itu berkongsi di platform Kuaishou bahawa dia berumur 18 tahun dan tinggal di sebuah perkampungan di Liaoning, timur laut China.

Menurut Xiao, dia ‘dikutip’ dari jalanan dan dibesarkan oleh ibu angkat bersama neneknya, selepas ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya semasa kecil. 

Xiao juga mendakwa bahawa anak kandung kepada ibu angkatnya meninggal dunia dalam kebakaran beberapa tahun lalu, menyebabkan wanita tersebut mengalami trauma yang teruk. 

“Kejadian bertambah teruk apabila suaminya (ibu angkat) meninggalkan mereka kerana masalah kesihatan mental yang dihidapi,” kata Xiao. 


Kisah itu menyebabkan Xiao mencatatkan lebih 1.13 juta pengikut dan meraih simpati dari orang ramai. 

Dia juga memanfaatkan platform media sosialnya dengan menjual pelbagai barangan melalui penstriman langsung untuk menjana pendapatan. 

“Sekarang, saya sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan sambil menyara ibu angkat saya,” kata Xiao semasa siaran langsung.

Namun, pada 4 September lalu, Xiao dan ibu angkatnya ditahan selama 10 hari selepas mereka didakwa mereka-reka cerita untuk menagih keuntungan dan ‘mengganggu ketenteraman awam’. – AGENSI

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 25-9-2024 09:00 AM
Manakala acik porem reka cerita hidup selesa T20 raih perhatian
Quote Firenzza 25-9-2024 09:21 AM
Nasib baik tt dia x masuk kt msia, klau x dh jd billioner sekelip mata
Quote Tinot7 25-9-2024 09:25 AM
Deme dpt duit sbb org derma ka apa?
Tingat influencer umo 50 dari prc.. dok pakai filter, ramai yg bg duit.. lepaih kantoi lupa nak on filter, teruih bilangan subscribers menjunam
Quote liyamariska 25-9-2024 09:33 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

dan ada yg pandai guna peluang dgn menjadi watak lain yg menarik perhatian...

sampai ke tahap terpaling atau menunggang agama, politik atau flex lifestyle sakan...
Quote nisako 25-9-2024 09:41 AM
sabo je la
Quote star_karat 25-9-2024 09:48 AM
Pandai dia buat duit. Sini pun boleh. Stream kat bwh kolong rumah kampung, serambi dapur tunjuk lantai berlubang papan dah jungkang jungkit dah tu jual lah barang. Tunjuk2 sikit keliling rumah kampung daif.
Quote gangerina 25-9-2024 11:48 AM
ada sorang lagi influencer nama yuyi kantoi cilok konten org lain sampai dia plak lagi femes dari org yg dia cilok konten tu...
Quote rospinki 25-9-2024 12:00 PM
org gila ramai skrg hidup bertuhankan sosmed menipu dan teripu apakebodo trgt dulu org gila tah masih gila lagi kot skrg
Quote prettyuglybabe 25-9-2024 12:16 PM
influenzah malaysia pun apa kurangnya..
kat forum ni pun ramai je delulu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068500 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top