KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Nur Fazura bakal mengambil tindakan terhadap lima individu yang sudah dikenal pasti didakwa memfitnah pelakon itu berhubung kes perceraian dengan suami, Fattah Amin. Sehubungan itu, peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada individu berkenaan dalam masa terdekat ini. "Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan dirasakan sudah memfitnah Fazura. Perkara yang diperkatakan itu tidak benar.
"Saman melalui prosiding mahkamah juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraiannya mula diperkatakan sehingga sekarang," katanya selepas prosiding kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi. Pada 19 September lalu, media melaporkan pengurus aktres itu, Iman Tang menafikan Fazura pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran permohonan cerai terhadap Fattah termasuk berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular dalam media sosial. Tang berkata, syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah. Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti berkenaan ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini. Sumber : Berita Harian |
Tinot7 replied at 26-9-2024 09:54 AM
Deme tgk kat bodgos ka apa?
Smlm baru iols jenguk
syamzana replied at 26-9-2024 10:00 AM
confirm acik forum ke??
bkn byk bergasak sesama forumer je ke dlm tu?
Tinot7 replied at 26-9-2024 10:02 AM
Ntah, ada poremer habaq poremer manatah pi SS pastu hantaq ke peguam mekjura.. apa yg kena SS pun ...
syamzana replied at 26-9-2024 10:48 AM
perghhh...ada kaki report plak
ADVERTISEMENT