PETALING JAYA – Seorang peniaga dipercayai berbangsa Türkiye mendedahkan, jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati, bahkan badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain. Melalui satu klip video daripada pemilik akaun Saiful Nang, ketika orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut, mereka memaklumkan berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘masya-Allah’. “Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain. “Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye. “Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.
“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut. Sumber – KOSMO! ONLINE |
renko replied at 27-9-2024 09:28 AM
malaysia dtg dia puji malaysia kutuk lain
indon dtg puji indon kutuk lain
so bla bla bla carry on
Lolalala: Tapi aku nak setuju juga dgn org turki ni. Orang Arab wangi perfume mencucuk hidung. Orang Malaysia kurang hamis. Kadang indon, ada yg ok ada yg hamis ...
Decaffeinated replied at 26-9-2024 11:41 PM
apa sampah lah current issue ummah malaya skrg ni
PULANGKAN replied at 27-9-2024 10:00 AM
modus operandi standard khuenz kaka
Iols kalau kena camni, gelak senyum sambil heret kaki pelan2 m ...
nusaraya replied at 27-9-2024 11:11 AM
Tampaknya rekan-rekan anda harus menggunakan case "wangi nya" badan jamaah haji malaysia sebagai ...
renko replied at 27-9-2024 01:20 PM
Tah mcm tak biasa
Suka nau kena puji beriya2
Padahal belakang kau kena kutuk kaw2 gak
nusaraya replied at 27-9-2024 05:25 PM
Jangan lupa tulisan bahasa arab itu harus dibaca dari kanan ke kiri ... boleh jadi yang mereka mak ...
ADVERTISEMENT