CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki tular lompat landasan Monorel Bukit Bintang diburu

26-9-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34425| Komen: 17

 


KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular di media sosial melompat ke landasan Monorel Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, video berdurasi empat minit itu dikesan kira-kira pukul 11.35 malam kelmarin.

Katanya, laporan polis berkaitan kejadian ini sudah dibuat pihak polis bantuan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sekitar 9.34 malam, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan).

“Usaha mengesan suspek dibuat polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh setakat ini bagaimanapun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencerobohan ini dilakukan oleh lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. 



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 27-9-2024 10:04 AM
terjatuh ke?

atau sengaja?
kalau sengaja, ambillah buluh runcing, dan tikam di telapak kakinya, sampai la abang jamil mampos
Quote prettyuglybabe 27-9-2024 10:24 AM
gaya macam type c..
apa guna ada cctv security bagai tapi kes macam ni bila viral baru kau alert..
ke cctv semua dummy jah?
Quote shamsadis 27-9-2024 10:44 AM
bagi rakaman CCTV, taulah netizen buat kerja
Quote fanaz82 27-9-2024 10:59 AM
leka main tepon sampai jatuh landasan ke?
Quote akuMNdia 27-9-2024 11:11 AM
dia lompat landasan sbb nak tukar platform ke?
malas nak turun naik tangga ke?
Quote suri33 27-9-2024 01:22 PM
Waktu lengang gitu pun terlepas.
Quote silance 27-9-2024 02:24 PM
I memang ngeri dengan platform monorail ni. gayat tengok ke bawah tak berani diri depan pintu tu.

Quote kemaruk 27-9-2024 02:34 PM
Tengok video kat tiktok, macam pelancong jer
Quote miss_white 27-9-2024 07:16 PM
Xtahu kenapa Station monorail nmpk mundur dan suram
Security polis bantuan pun tak ada
Xmcm lrt ada polis bantuan jaga dkt atas

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2024 07:33 PM
Lompat bintang tersenyum sinis
Quote ultra78 27-9-2024 07:33 PM
Dari tanah besar ke?
Quote Jitu 27-9-2024 08:13 PM
praktis parkour ke
Quote shernazz 27-9-2024 08:58 PM
Iols pernah hampir terjatuh ke landasan
Sebab masa tu star lrt problem
Penuh stesen chan sow lin..mujur ada akak n mamat ni tolong pegang iols..gile lah belakang dok asak2..
Stesen chan sow lin ni antara stesen tak baik untuk iols..hahaha .banyak.kali.kena.gini
Quote MarryPottet 27-9-2024 09:20 PM
Ni kan ke kes dia curi baju kat Fahrenheit then pakgad kejor dia
Tu yg dia lari macam onggila habis redah segala, lompat rel ketapi mcm dlm filem tamil
Dan katanya pakgad tu dah dapat pun tangkap dia, seorg warga asing btw
Quote akusukaq 27-9-2024 10:02 PM
Entah entah pelancong prc ni. Dia ingat boleh buat suka suki
Quote Whateverchanel3 27-9-2024 11:45 PM
Dah lama hidup agaknya [em:24:]
Quote dani-rox 29-9-2024 01:27 AM
sindiket pencuri PRC ke?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.110937 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top