BEIJING – Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter, lapor portal berita MSNews hari ini. Kejadian itu berlaku semalam dan hampir memecahkan cermin belakang sebuah kereta. Rakaman video kamera papan pemuka sebuah kenderaan dari arah bertentangan turut merakamkan najis yang menghujani kereta. Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Perbandaran Nanning, kejadian itu berpunca daripada saluran paip tangki septik yang pecah. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam letusan itu. Selepas menerima laporan orang ramai, pasukan pekerja pembersihan dihantar ke tempat kejadian. Ramai netizen memberi komen mengulas ia merupakan kejadian menjijikkan. Ada juga yang bergurau dengan menulis bau najis boleh dihidu melalui skrin tayangan kejadian itu. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
Kurex replied at 27-9-2024 11:35 AM
takpe, nanti cuci kereta guna tisu...
batmana replied at 27-9-2024 11:39 AM
geli psl mata je
kdg2 manusia nk tk prasan, ada tong taik kt usus masing2, klu masing2 nmpk,
geli sm ...
ADVERTISEMENT