CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi keselamatan, Fazura dikawal pengawal peribadi situasi biasa – Pengurus

26-9-2024 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41858| Komen: 135

 

Hadir ke mahkamah diiringi lima pengawal peribadi sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, pengurus kepada pelakon Fazura, Iman Tang menegaskan perkara tersebut merupakan keperluan keselamatan aktres tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, 49, berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk artis jagaannya itu membawa pengawal peribadi ke hadir majlis tertentu, bukan untuk bermegah mahupun konten.

“Pengawal peribadi? Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah bodyguard.

“Saya sebagai pihak pengurusan, benarkan sahaja permintaan itu sebab sebelum ini, ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan.

“Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat. Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media,”katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah Iman lagi, dalam situasi sekarang, pihaknya enggan mengambil pusing tentang apa yang diperdebatkan netizen dalam media sosial.

“Bagi saya perkara tersebut tidak meniadi isu pun, kadangkala kita tak boleh terlalu ambil peduli tentang apa yang netizen katakan.

“Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa bodyguard, keadaan jadi tidak terkawal dan dia dikasari peminat.

“Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini. Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima,” jelasnya pada majlis sidang media, Konsert Govinda, Hal Hebat, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Kehadiran pelakon filem J-Revolusi itu ke Mahkamah tersebut mencuri perhatian apabila seramai lima pengawal peribadi ditugaskan mengiringinya.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 26-9-2024 11:39 PM
Fazura ghisau acik2 FAteam baling telur busuk kut
Quote mun_cha_gha 26-9-2024 11:40 PM
‘Must be something ‘ sampai ada bodyguards.

Cara Iman ckp ini macam ada anasir2 luar yg nak buat jahat dekat Fazura.
Quote mun_cha_gha 26-9-2024 11:40 PM
Edited by mun_cha_gha at 26-9-2024 11:45 PM

Ke Fazura terpaksa buat mcm ni mintak cerai sebab ada ugutan? Yang dia terpaksa buat camni.
Tu sampai sekarang org taktahu kenapa sebab?????
Sebab apaaa? Kemungkinan fattah diam dia pun ntah2 terima ugutan. ada org ikut buat takut2?

#mcmdlmfilem
Quote I.K.A888990 26-9-2024 11:51 PM
alasan kau je la sebenarnya
takdenya manusia nak ketuk kepala kau tu dgn berjota2 kamera siap live lagi

rupanya bercurhat jugaklah ye hang berdua sampai pagi2 call kan..kira "takpelah" kan sbb pengurus dgn retis ye tak..janji jgn dgn mak janda kononnya tu kan..yg ni baru terbukti bersalah kan miss terpaling bermaruah
Quote mun_cha_gha 27-9-2024 12:38 AM
Edited by mun_cha_gha at 27-9-2024 12:40 AM
I.K.A888990 replied at 26-9-2024 11:51 PM
alasan kau je la sebenarnya
takdenya manusia nak ketuk kepala kau tu dgn berjota2 kamera siap live l ...


Jahatnya mulut kau! Jaga2 nanti kena report baru tau! Dia kan ratu, puteri yang layak di tunduk.

Quote sharlenetexas 27-9-2024 12:39 AM
Malaysia masih aman.

Quote I.K.A888990 27-9-2024 12:42 AM
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:38 AM
Jahatnya mulut kau! Jaga2 nanti kena report baru tau! Dia kan ratu, puteri yang layak di tunduk.

...

aikk ni pun kira pitenoh ke..lemah sgt la pulak sang ratu
kena sembah ratu la ni ek haha
Quote dolemitecarey 27-9-2024 12:43 AM
Risau kot kena fanatik FA
Kalau iols pun risau gak. Tambah2 ade berita wat liputan live
Quote JunkMail 27-9-2024 12:46 AM


Nanti akak pakai putih, korang pakai hitam, k.
Quote mun_cha_gha 27-9-2024 12:48 AM
Edited by mun_cha_gha at 27-9-2024 12:50 AM
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 12:42 AM
aikk ni pun kira pitenoh ke..lemah sgt la pulak sang ratu
kena sembah ratu la ni ek haha


Benang lain org komen psl BG, pergi indon, muka haggard, pergi london, gi concert dgn pengurus, tak duduk sembumbung pun walafaz sudah  bagi warning. Gitu2 je kutukan. Apatah lagi kutukan you.

Mestilah wajib sembah. Ratu okehhhh! Kaya, cantik, educated, famous, berkedudukan berpackage lengkaaaap.
Quote brainbiru 27-9-2024 12:50 AM
JunkMail replied at 27-9-2024 12:46 AM
Nanti akak pakai putih, korang pakai hitam, k.

Hehehehe suka skrip ni.
Ni pulak
Nanti ambik gambar akak, side profile, anak taksenyum n makesure black n white tau.
Quote boudinniA 27-9-2024 12:52 AM
Nasiblah bila dah jadi kebencian orang ramai. Buat apa pun, pakai apa pun menjadi kecaman.
Quote I.K.A888990 27-9-2024 01:04 AM
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:48 AM
Benang lain org komen psl BG, pergi indon, muka haggard, pergi london, gi concert dgn pengurus, ta ...

ewww tak kuasa lah nak ikut rentak depa je..takkan nak kena sembah walafaz walaneutral sekali..depa pun sama je takde beza dgn walafat tapi acah2 terpaling semua..

kita pun fans dedua ni haaa tapi takde lah sampai menonong mengiyakan benda yg tak betul kan. lantakkan je la depa tu kaka
Quote katakauu 27-9-2024 01:12 AM
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 01:04 AM
ewww tak kuasa lah nak ikut rentak depa je..takkan nak kena sembah walafaz walaneutral sekali..dep ...

Walaweiiiii kihkihkih
Quote I.K.A888990 27-9-2024 01:22 AM
katakauu replied at 27-9-2024 01:12 AM
Walaweiiiii kihkihkih

Quote hujanrindu28 27-9-2024 01:43 AM
tak sabar nak tengok apa kesudahan drama kisah diaorg
Quote nonarona 27-9-2024 03:26 AM
mcm antara 2 darjat plak, yg kaya berduit siap ber BG, yg nan hado santai2 je dtg sendiri
Quote stingerbumpy 27-9-2024 05:23 AM
Gangster kasut tumit tinggi melayang pun kejong sampai bawak bodyguard kewww?

Kahkahkahkahkahakhakha

Quote noor2 27-9-2024 05:28 AM
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:38 AM
Jahatnya mulut kau! Jaga2 nanti kena report baru tau! Dia kan ratu, puteri yang layak di tunduk.

...

So awak la kaki report tu ke cane....

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top