CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Elon Musk mahu melabur lebih RM6 bilion di Vietnam

26-9-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34844| Komen: 17

 


HANOI – Syarikat milik Elon Musk, SpaceX merancang melabur AS$1.5 bilion(RM6.2 bilion)  di Vietnam, kata agensi berita rasmi tempatan ketika Hanoi berusaha meningkatkan tarikannya sebagai destinasi pelaburan untuk syarikat-syarikat terbesar dunia. 

Ketika lawatan ke New York minggu ini, pemimpin kanan Vietnam, To Lam bertemu bos SpaceX, Tim Hughes yang berkata, beliau menilai tinggi potensi Vietnam untuk projek satelit internet firma tersebut,  kata agensi berita rasmi VNA semalam.

“Pemerintah sedang menimbang cadangan pelaburan tersebut,” VNA melaporkan Lam sebagai berkata.

Hughes merupakan Naib Presiden Kanan untuk hal ehwal perniagaan dan kerajaan SpaceX. Beliau dilaporkan berkata, SpaceX mahu menyuntik pelaburan AS$1.5 bilion di Vietnam dalam masa terdekat.

Vietnam yang sudah lama menjadi destinasi kos rendah  untuk pengeluaran  pakaian, kasut dan perabot  kini mengintai peningkatan dalam sektor pembuatan serta  bekalan global. 


Semasa lawatannya, Lam mengadakan pertemuan dengan bos-bos firma utama Amerika Syarikat termasuk Google, Apple, Meta dan firma teknologi maklumat, Supermicro. – AFP 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 27-9-2024 07:33 AM
Betul ke jadi kat vietnam? Huhuhu
Quote fanaz82 27-9-2024 10:52 AM
dah byk company tukar angin ke vietnam kan?
Quote Isninselasarabu 27-9-2024 04:24 PM
Kt malaysia tesla kan
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2024 04:27 PM
Vietcong tersenyum sinis
Quote KBW2 28-9-2024 06:21 PM
takleh caya sangat mat elon ni
Quote CiliPadiSedap 28-9-2024 06:55 PM
dulu kaka ckp elon xjd buka gigafactory kt malaysia masing2 menyalak.. sekarang senyap je forumer2 tersebut..
Quote Dwdrum 29-9-2024 10:44 AM
Article misleading sungguh... Untuk malaya royan...
Quote Dwdrum 29-9-2024 10:46 AM
CiliPadiSedap replied at 28-9-2024 02:55 AM
dulu kaka ckp elon xjd buka gigafactory kt malaysia masing2 menyalak.. sekarang senyap je foru ...

X jd?.... Elon tidak pernah intend untuk buka gigafactory di malaysia pun...
Quote cicicumel 29-9-2024 12:45 PM
Merancang je..pastu cancel
Quote CiliPadiSedap 29-9-2024 01:20 PM
Dwdrum replied at 29-9-2024 10:46 AM
X jd?.... Elon tidak pernah intend untuk buka gigafactory di malaysia pun...

https://www.bharian.com.my/berit ... aburan-tesla-spacex

puluhan ribu pekerjaan wujud tu apa ye?  kalau ikut di luar negara hanya kilang gigafactory je boleh wujudkan peluang puluhan ribu pekerjaan.
Quote zjen 30-9-2024 03:44 AM
anyway org vietnam bekerja jauh lebih rajin dr indon
Quote Dwdrum 30-9-2024 06:23 AM
CiliPadiSedap replied at 28-9-2024 09:20 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1126537/puluhan-ribu-peluang-kerja-bakal-wujud- ...

Ko tanya bangnon and sekufu...sama seperti article ini.... Elon mahu invest starlink subsidiary dari spaceX untuk kegunaan vietkong ... Mo malaysian reporters quite bangsat same seperti depa twist dialog US embassador issue palestine...
Quote namr 30-9-2024 07:48 AM
kena scam dgn elon je vietnam oi, kang dia tarik diri   tu
Quote zorrro_03 30-9-2024 09:07 AM
tgk apa jadi plan belon yang ni.  lagi pun <2b ni celah gigi je utk belon.  

harap tak kena kencin mcm sorang tu. gebang awal sgt...  tak sempat2
Quote zorrro_03 30-9-2024 09:08 AM

ye. bakal wujudkan berpuluh ribu peluang kerja.  dengar kata belon dah start pacak tiang utk kilang giga dia di negeri entah.
Quote sambaldurian 30-9-2024 09:36 AM
Aku sebenarnya x berkenan dgn mat ganja ni, tp helok je dia jd boss kt org bijak pandai yg lain. Org lain mkn ganja jd tingtong.
Quote nw111 30-9-2024 09:37 AM
Ok la...kat vietnam susah jumpa orang gemok...rata2 org dia badan helok je ...kat msia ramai obese..rugi buka kampeni kat sini..byk.medical expenses nk kena tanggung..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034340 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top