CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beras Jepun dijual RM450 sekilogram

26-9-2024 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34961| Komen: 10


 


TOKYO – Sejenis beras ‘artisanal’  dari Jepun menempa nama dalam Guinness World Records sebagai beras termahal dunia dan dijual pada harga mencecah AS$109 (RM450) untuk satu kilogram, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Beras Kinmemai Premium keluaran syarikat Toyo Rice Corporation dikatakan mempunyai nilai khasiat yang unggul berbanding beras konvensional, serta rasa kekacang yang lazat. Ia juga tidak perlu dibilas dalam air sebelum dimasak.

Beras tersebut  kelihatan seperti berlian kecil berikutan proses penggilapan dipatenkan. Ia  menghilangkan lapisan lilin yang tidak boleh dimakan.

Kinmemai Premium dipilih sendiri oleh pakar Toyo Rice, manakala petani dibayar kira-kira lapan kali ganda daripada harga biasa untuk menghasilkan hanya beras  terbaik.

Diiklankan sebagai ‘beras terbaik dunia’, Kinmemai Premium dijual dalam paket 140 gram.


Ia menempa rekod dunia untuk beras paling mahal pada 2016 pada harga AS$109 sekilogram, namun inflasi telah melonjakkan harganya. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 26-9-2024 11:47 PM
Jangan makan lauk kalau masak beraa ni. Enjoice the pure taste of kununnya best rice in the werld. Ni buat onigiri ngam la kot.
Quote shernazz 27-9-2024 06:49 AM
dua_chzy replied at 26-9-2024 11:47 PM
Jangan makan lauk kalau masak beraa ni. Enjoice the pure taste of kununnya best rice in the werld. N ...

Yezza..buat nasi kepal je..
Iols suka makan beras sushi dgn ayam goreng
Entah kenapa..mcm best je
Bg iols sesuai plak kombinasi tu hahaha
Quote dua_chzy 27-9-2024 07:02 AM
shernazz replied at 26-9-2024 10:49 PM
Yezza..buat nasi kepal je..
Iols suka makan beras sushi dgn ayam goreng
Entah kenapa..mcm best je

Buat pekasam sedap kot beras Jepon ni kan. Boleh la jual rega kayangan.
Quote SalenaGomez 27-9-2024 07:04 AM
Kalau malaysia, beras bario. Itupon x pernah rasa beras bario ni. Beras kinmemai ni agaknya kalau jatuh sebutir pon kutip kan
Quote supernaturalee 27-9-2024 10:17 AM
Diiklankan sebagai ‘beras terbaik dunia’, Kinmemai Premium dijual dalam paket 140 gram. = rm63 sepeket

Quote supernaturalee 27-9-2024 10:19 AM
SalenaGomez replied at 27-9-2024 07:04 AM
Kalau malaysia, beras bario. Itupon x pernah rasa beras bario ni. Beras kinmemai ni agaknya kalau ja ...

segram 45 sen sis



spt kata raja farah, "sebutir beras ibarat setitis peluh petani"


Quote SalenaGomez 27-9-2024 10:36 AM
supernaturalee replied at 27-9-2024 10:19 AM
segram 45 sen sis



Masak kena guna periuk zero kerak punya. Baru fully utilise
Quote fanaz82 27-9-2024 10:51 AM
nak masak pun xsampai hati la. mahal sangat beras nya
Quote grouper 27-9-2024 10:53 AM
Padi2 bukit belah Borneo pun mahal2 susah nak jumpa. Packaging pun kecik2 je. Nak hantar keluar dari tempat tanam pun makan masa sehari suntuk pakai 4x4
Quote cattiecute 27-9-2024 02:55 PM
beras mahai ni kalau sekali sekala makan nasi takpe gak
kalau hari2 dok tanak nasik 3 pot
naya weh
korang pernah try tak cauliflower yang diblend jadikan macam beras tu?
sedap tak? nampak menarik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.093196 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top