CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganjaran besar untuk kebaikan yang kecil - Lelaki terselamat dari ditimpa tiang elektrik kerana berbuat baik

26-9-2024 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35433| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Seorang lelaki di China yang pada awalnya membantu menutup penutup lubang kumbahan di tengah jalan, hampir terlibat dalam insiden tragis apabila tiang lampu tumbang di lokasi dia berdiri sebelum itu.

Menerusi sebuah hantaran di X, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 15 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan menunggu giliran untuk menyeberangi jalan.

Beberapa saat kemudian, seorang penunggang motosikal kelihatan melakukan ‘emergency break’ apabila dia menyedari penutup lubang kumbahan di tengah jalan itu separa terbuka.

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut kelihatan terus berlalu pergi tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap penutup lubang yang terbuka itu.

Lelaki yang kebetulan berada di kawasan berdekatan segera bertindak pantas untuk menutup semula penutup lubang itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kepada pengguna jalan raya lain.


Namun, hanya beberapa saat selepas dia bergerak dari kawasan tersebut untuk memastikan keselamatan pengguna jalan, tiang lampu di tepi jalan itu tumbang dan jatuh tepat di tempat dia berdiri sebelumnya.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang percaya bahawa tindakannya menolong orang lain adalah penyebab dia terselamat, dan menyifatkan kejadian itu sebagai balasan baik atas kebaikan yang dilakukannya.

“Ganjaran yang besar untuk kebaikan yang kecil benar-benar mengejutkan akal,” komen Beena Khan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu berapa banyak masalah yang telah dielakkan oleh perbuatan baik kita. Apa yang dilihat di dalam kamera hanyalah sekilas. Untuk diselamatkan,” komen Beena Khan lagi.

“Perkara yang baik berlaku kepada orang yang berbuat baik, Tuhan melihat segala-galanya,” ujar Mukesh Gehlot. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 27-9-2024 01:38 AM
[em:1:]
Quote B40tastePosh 27-9-2024 01:53 AM
Made in China???
Quote imransulaiman 27-9-2024 02:21 AM
Kalau aku, dah melayang fikiran ke "final destination"
Quote B40tastePosh 27-9-2024 04:50 AM
Berpantang Maut Sebelum Ajal - Pepatah Melayu
Quote Dovahkiin 27-9-2024 05:22 AM
Level wartawan kelas belakang. "brake" dgn "break" pun x reti beza. Penulisan dalam bahasa Melayu, apa salahnya guna "brek kecemasan"?
Quote Lolalala 27-9-2024 07:32 AM
Kenapa Petaling Jaya? Aku igt kat Malaysia. Skali tgk mcm china
Quote tokchik 27-9-2024 12:01 PM
teringat kisah 2017
aku warded kat hospital shah alam untuk operasi membuang batu hempedu, kerana aku tk ada masalh "tak bermaya sebab sakit" jadi didalam wad tu aku membantu pesakit yg ada, yang perlu kan air panas dsbgnya, aku tolong ambikkn,

pada hari pembedahan, bangun tidur tu
aku nampak katil yg kosong didepan aku tu ada penghuni, bangladesh, mungkin dia masauk wad waktu aku dah tdr, aku perhatikan mata nya melilau kesana sini,
aku pun pergi tanya, "kamu lapar"
dia angguk. jadi aku berikan dia roti dan bancuhkan air kasi dia, aku tgk dia makn dgn lahap.
jam 2 ptg aku ditolak kebilik bedah... dag...dig dug juga hati aku.
alhamdulillah urusan pembedahan aku berjalan lancar, bila aku dihantar balik ke wad, aku boleh kebilik air sendiri untuk mandi dan sebagainya,
senang cakap semua urusan aku jadi cukup mudah.
keesokan harinya, aku discharge...aku drive sendiri pulang kerumah.


sampai dirumah baru aku terfikir, adakah sebab pertolongan aku pada bangladesh tu ALLAH permudahkan semua urusan aku.

Quote Tiggybiru 27-9-2024 04:18 PM
Aik bukan nampak sgt ke ni bukan real
????????
Quote Nt-ViruS 28-9-2024 03:42 AM
Tiggybiru replied at 27-9-2024 04:18 PM
Aik bukan nampak sgt ke ni bukan real
????????

Aku pun pelik macamana boleh percaya bad cgi mcm ni. Takut aku tengok, main tenet tapi mudah tertipu benda fake.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.086173 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top