CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Raja Lawak Buka Restoran AP Fried Chicken Di Medan Selera Stadium Kota Bharu

27-9-2024 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21429| Komen: 45

 


Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila dapat mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka perniagaan menjual ayam goreng, francais AP Fried Chicken.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir berkata kedai makan tersebut di buka di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan dan mula dibuka pada Isnin lalu.

 
 

 
 

“Asalamualaikum, dengan keberkatan penghulu segala hari, saya nak beritahu yang mana saya akan buka kedai di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan, lot kedai yang dekat tangga mengadap Hotel Perdana.

“Bisnes kali ini saya akan jual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken, insya-Allah ada juga fries, burger, nasi dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan diberkati Allah, dipermudahkan segala urusan kami dan kita semua. Aamiin,” katanya.

Terdahulu, Amir mengusahakan perniagaan Air Jagung Amerreka secara kecil-kecilan pada tahun 2017  dan turut mempunyai agen serta stokis di beberapa negeri.



Sumber:  Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-9-2024 03:13 PM
Meols bukan peminat, dan tak pernah minat & pernah annoying dengan Amir, tapi lepas tengok & terjumpa sendiri dengan dia masa kerja luar kat KB, jumpa kat wakaf che yeh kot, dia jual air.... terus rasa respect & impressed.... rajin sungguh & sangat soft spoken, humble... pastu nampak dia selalu tak putus promo benda dia niaga kat merata2 social media...

Semoga berkat hari jumaat ni, meols doakan Amir sentiasa murah rezeki & konsisten meniaga cari rezeki,

dia tahu rezeki dia kat industri seni tak berapa masyukkk, tapi dia RAJIN, tak macam sesetengah retis sangkak miskin yang melalak meraung takde job pstu feeling2 takleh buat kerja lain.....yihhhhhhhh najisss!
Quote zafira 27-9-2024 03:21 PM
prince_marhaen replied at 27-9-2024 03:13 PM
Meols bukan peminat, dan tak pernah minat & pernah annoying dengan Amir, tapi lepas tengok & terjump ...

betul tu.. my fren pun cakap benda yang sama masa dia meniaga air kat bangi ke kajang sana.. semoga murah rezeki.. Aamiin. InsyaAllah nak singgah kedai dia kt KB bulan november nanti.
Quote redliner 27-9-2024 03:23 PM
tak minat langsung dia.
tapi kagum betul, rajin orangnya. asal keluar cerita pasal dia selalu tentang meniaga je.
Quote Kurex 27-9-2024 03:33 PM
rimas betul aku tgk style rambut dia
Quote I.K.A888990 27-9-2024 03:41 PM
kiranya ada dua biz la eh
baguslah dia rajin
taklah menunggu org hulur ja kan
Quote red_velvet 27-9-2024 03:42 PM
Antara oelawak yang hebat walaupun bakat melawak tak seberapa.. heols tak malu mula dari bawah, jual air tepi jalan..hasil usaha yg consistent sampai berjaya bukak franchise restoran pulak.. paling penting heols humble je n tak acah2 kaya , acah2 poyo macam samera
Quote sharlenetexas 27-9-2024 03:45 PM
Semoga berjaya.

Quote BungaKencana 27-9-2024 03:53 PM
semoga amir raja lawak a.k.a amereka berjaya... smpai skrg tak dpt lg merasa air jagung dia..
Quote emma.giggs 27-9-2024 03:55 PM
Semoga laris
Quote kaoru44 27-9-2024 03:55 PM
puji dia sbb rajin,xputus asa,x malu..
Quote sukacactus 27-9-2024 04:01 PM
Baca artikel ats terus tersebut ‘rajin amir ni’
Baca komen2 pun sama
Mmg dia rajin kan, semoga murah rezeki & terus maju
Quote DeLuna85 27-9-2024 04:03 PM
Alhamdulillah tapi kalau dia baca forum ni la kan... Nasihat utk yg masuk dalam bidang f&b ni kena sentiasa kemas dan bersih. Nak bela rambut panjang terserah tapi rapikan.
Quote Lilipelangi 27-9-2024 04:14 PM
Rajin dan konsisten amir ni. Semoga maju jaya..
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2024 04:15 PM
resepi orang kita, rasa macam dia!



Kelantan Freid Chicklen



Quote SalenaGomez 27-9-2024 04:21 PM
AP fried chicken tu stand for nama amir ke?

Nampak sedap ayam nya. Semoga success dan berkembang business nya
Quote PULANGKAN 27-9-2024 05:30 PM
prince_marhaen replied at 27-9-2024 03:13 PM
Meols bukan peminat, dan tak pernah minat & pernah annoying dengan Amir, tapi lepas tengok & terjump ...

same. Iols tak minat dan pernah rasa annoying tengok heols kat tv.
tapi tak dinafikan, Iols respect dengan etika kerja bisnes dia
semoga yang baik-baik
Quote katak hijau 27-9-2024 06:10 PM
SalenaGomez replied at 27-9-2024 04:21 PM
AP fried chicken tu stand for nama amir ke?

Nampak sedap ayam nya. Semoga success dan berkembang bu ...

Rasanya bkn sbb dia kata francais
Quote dubuk 27-9-2024 07:02 PM
Air jagung dia tu jagung betul ke perisa jagung?
Quote Jitu 27-9-2024 08:21 PM
antara pelawak yg langsung tak lawak  - sorry k

tp bagus la Amir ni tak mcm tipikal jantan sskjp

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top