CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua beranak pulang beli nasi lemak dihanyut arus deras di Kuala Nerang

28-9-2024 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16136| Komen: 34

 


KUALA NERANG – Dua beranak dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Kampung Tanjung Kanan, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika ibu tunggal dikenali sebagai Salma Md. Zain, 48, dan anaknya, Ahmad Rosman Rohadi, 19, meredah air untuk pulang ke rumah mereka.

Ahmad Rosman merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam.

Difahamkan, dua beranak itu sebelum itu menaiki motosikal mengikut jalan jauh sejauh lebih tiga kilometer (km) untuk membeli nasi lemak kerana jalan utama ke rumah terputus kerana dinaiki air.

Mereka kemudian meletakkan motosikal di rumah seorang penduduk dan meredah air di laluan mini tar yang ditenggelami air sehingga paras dada orang dewasa untuk pulang ke rumah.

Laluan mini tar tersebut lebih dekat iaitu kira-kira satu km ke rumah mereka.

Penduduk, Mohd. Amir Mohd Sougelail, 28, berkata, dia menyaksikan sendiri kejadian dua beranak itu dihanyutkan arus deras banjir.


“Orang kampung sudah panggil dua beranak itu supaya jangan redah banjir sebab arus deras tetapi mereka teruskan perjalanan.

“Saya nampak wanita itu berpaut pada pokok getah sebelum anaknya berpatah balik untuk ambil ibunya sebelum kedua-duanya hanyut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang kampung bertindak memanggil mereka dan wanita itu ada menyahut beberapa kali sebelum senyap.

“Air sangat deras kerana terletak berdekatan Sungai Padang Terap yang melimpah akibat hujan lebat pada malam tadi,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 28-9-2024 09:27 PM
Mudah2an kedua dua mangsa dapat dijumpai semula. Amin..
Quote zamnie 28-9-2024 09:30 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Allahu sedeynyer... semoga diampunkan dosa2 dan ditempatkan bersama orang yang beriman Amiiiinnn
Quote Tinot7 28-9-2024 09:55 PM
Pedihnya baca berita mcm ni
Quote rosmahisham 28-9-2024 09:58 PM
Dh bpe hari aku mikir kisah ni...kemurungan aku..sedihh
Quote bottombikini 28-9-2024 10:03 PM
sedihnya lah
kalau dah begitu perjalanannya..
Quote Kejora927 28-9-2024 10:44 PM
Allahu sedih nya lahai.. semoga ditemui dgn cepat aamin yra
Quote asfaz 28-9-2024 11:22 PM
Screenshot_2024-09-28-19-40-36-12_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg
Quote Jitu 28-9-2024 11:25 PM
Takziah
Quote airfilterkotor 28-9-2024 11:46 PM
Acaner si ibu boleh terfikir nak meranduk air deras paras dada tu...
Quote jazaa100 29-9-2024 12:14 AM
rosmahisham replied at 28-9-2024 09:58 PM
Dh bpe hari aku mikir kisah ni...kemurungan aku..sedihh

Kesian kannn.....

Nak mkn sbb dah lapar sgt agaknya.....terpaksa le keluar ...nk masak kat rumah tak blh....

Quote asfaz 29-9-2024 01:37 AM
Edited by asfaz at 29-9-2024 01:40 AM

https://vt.tiktok.com/ZS2g3VKEW/

Screenshot_2024-09-29-01-38-36-26_f69139cffc4d135a71392e13634f144a.jpg

Screenshot_2024-09-29-01-40-24-37_f69139cffc4d135a71392e13634f144a.jpg

Semoga arwah ditempatkan diantara org2 beriman.
Semoga maknya dijumpai. Aamiin
Quote sambaldurian 29-9-2024 07:09 AM
Dh ajal, tp xde bantuan bot bwk makanan bungkus ke rumah2 dlm banjir ke. Dorg x ditempatkan di pusat penempatan sementara ke.
Quote mejaputih 29-9-2024 07:14 AM
Allahu..kesiannya..asbab kematian ..syurga buat anak, semoga syurga buat ibunya jua...di dunia hidup susah tp di akhirat hidup senang...aminn...
Quote doubleA 29-9-2024 08:54 AM
Org kampung dah larang, dorang pun dah park moto dan nekad redah kawasan tu. Jalan pergi ikut jalan jauh, cuma balik je nak ikut jalan dekat. Dah sampai ajalnya
Quote Suchi 29-9-2024 09:00 AM
BCB31B91-93ED-41F2-9428-3EAC676830B0.jpeg
Katanya masa pi naik motor, balik redah air plak
Taktau la knp dorang ikut jalan lain plak
Semuanya dah ditakdirkan kot
Sedih kes ni kenangkan dorang ni hidup berdua je
Arwah ni pun nampaknya boleh uruskan diri walau kekurangan intelektual.
Rasa ralat sgt tgk video tu mcm ada peluang sebenarnya dorang boleh diselamatkan tp kena terima laa yg dorang mmg ditakdirkan meninggal sama2 hari tu. Mungkin itulah doa si ibu selama ini mahu bersama2 dgn anak hingga ke akhir hayat

Harap jasad si ibu cepat2 la ditemui, boleh dikebumikan bersama2 dgn anaknya.
Quote Suchi 29-9-2024 09:07 AM
doubleA replied at 29-9-2024 08:54 AM
Org kampung dah larang, dorang pun dah park moto dan nekad redah kawasan tu. Jalan pergi ikut jalan  ...

Knp ye dorang nk gak lalu jalan tu? Adakah minyak motor dah nk abis? Sbb kalau ikut komen org laluan yg dia lalu naik motor tu jauh skit.

Semoga kes ni jd pengajaran, kalau ada lg yg nak redah air banjir nampaknya kena bertegas lebih skit la kalau perlu kejar atau tahan ke apa buatlah.


Quote genUmi 29-9-2024 09:17 AM
airfilterkotor replied at 28-9-2024 11:46 PM
Acaner si ibu boleh terfikir nak meranduk air deras paras dada tu...

katanya, mak nya juga pemegang kad OKU
Quote lanacondor 29-9-2024 11:50 AM
Dgr berita smlm anaknya je oku.. sedih pulak kisah ni.. Semoga khusnul khatima la keduanya..
Quote Goodluckdontcry 29-9-2024 01:29 PM
Bila takdir dah tertulis.begitu, begitulah yg terjadi, xde blh undur xde blh cepat xde blh jangka..yg tinggal mulalah fikir begitu begini...sbnrnya xperlu pun nk fikir lebih2, sbb lama2 kepala hotak berjambul yg sakit...cumanya kita blh jdkan pengajaran...andai dikemudian hari ada mcm ni, ye selagi belum ajal, insyaAllah kita blh tangkis...selebihnya Allah SWT shjlah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..

Sedih tgk keduanya.. kita bersedih..tp insyaAllah utk mereka berdua moga kebahagiaan hakiki mutlak milik mereka dialam barzah dan akhirat nanti sbb kebahagiaan didunia mgkin xseberapa diorg merasa... berbahagialah adik dan ibu...bergembiralah hendaknya...amin ya ALLAH...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.107315 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top