CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Cipta Sejarah Jadi Pelajar Termuda Masuk Universti Malaya Dalam Bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik

29-9-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23953| Komen: 115|Original author: YgBenar

 


Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam sejarah penubuhannya sejak 1962 hari ini.

Perkembangan itu dikongsi oleh seorang pengguna facebook bernama Fatiah Binti Kari sekaligus tular sehingga menjadi bualan netizen di laman sosial.

Menurut Fatimah, adik Iz Emir merupakan seorang pelajar yang genius dan telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran facebook itu telah dikongsi lebih 1000 orang dan mendapat lebih 3000 ‘likes’.

Sebelum itu, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) pada usia 6 tahun dan telah belajar subjek tingkatan satu.

Malah, beliau juga telah mengambil O-Level pada usia 8 tahun dan A-Level ketika berumur 11 tahun.

KPPN UKM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.

Malah, netizen juga turut menyamakan Iz Emir dengan Young Sheldon, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.


Screenshot_2024-09-29-10-54-19-97.jpg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 29-9-2024 11:44 AM
Simpan dulu nak kagum.

btw lama juga jarak antara O level dgn A level.
Quote amyza 29-9-2024 11:54 AM
Hebat nye adik. Makcik form4-5 belajar addmath pun dah rasa terseksa tau dgn subjek sains yg lain² tu lagi. Tak enjoy hidup makcik time tu
Quote tripleid 29-9-2024 12:20 PM
Edited by tripleid at 29-9-2024 12:22 PM

Tahniah dekk..Adiputra gak yg bodo,eksyen x nak sekolah,amik exam..ujung2 buat apa pun x jadi
Quote sayawifenikmie 29-9-2024 12:40 PM
PERMATA PINTAR ni idea Kak Mah ... ada juga jasa beliyau kpd Malaysia
Apa khabarnya Kak Mah agaknya
semoga beliyau sihat2 sahaja bersama anak cucu
Quote slyfynx 29-9-2024 12:43 PM
Kalau budak tu yang nk, ok la.
Jgn parents yang paksa anak hilang zaman kanan2 udah le
Quote Minami2013 29-9-2024 12:54 PM
Edited by Minami2013 at 29-9-2024 05:35 AM

Moga still dpt enjoy zaman kanak2 so tak memberontak bila besar nanti.
Quote Goodluckdontcry 29-9-2024 12:55 PM
Edited by Goodluckdontcry at 29-9-2024 12:56 PM

Den doakan kepintaran adik ini bersama2 dgn otak serta akal yg sihat sehingga akhir hayatnya..dan dpt memberi perkara2 yg baik terutama utk dirinya sndiri, mak ayah dan keluarga khususnya serta kpd agama dan masyarakat..amin

Sejujurnya, den dh tgk di sekeliling den..dan yg den baca, global atau local ..memula pintar ..tp akhirnya menyedihkan...ada dikg den, gila pakcik tu..arini kdg naik basikal, kdg jln kaki..tp pakaian tetap smart, kemeja tuck in .walau dh lusuh..cuma dia xkacau org.. tp waktu kecik, dia pernah sound den sbb tgk dia..apa pandang2 sambil berbasikal.. den pun trs takut.  Kehkehkeh anak org baik2, siblings educated semua, bljr overseas semua..dan dia plg cerdik .tp end up..begitulah hidupnya...kerana itu, kita ni xmampu nk jangka apa2 yg akn berlaku kpd kita. . jd sbg muslim, bykkan berdoa agar hidup kita baik2 shj sehingga akhirnya dan di sana kelak..  

Quote Thunderclouds 29-9-2024 01:30 PM
Negara kita tatau nk buat apa ngn talent mcm ni.
Tadak hala tuju jelas.
Frankly better migrate obersi je.
Most important jdkan ler kisah² budak genius yg dulu sebagai iktibar.
Best of luck acik ucapkn.
Quote Subian 29-9-2024 01:32 PM
Adik ni autisme...grade tinggi geniusnya
Quote kotakbaju 29-9-2024 01:38 PM
Minami2013 replied at 29-9-2024 12:54 PM
Actually zaman dah masuk uni lagi mudah belajar sbb dah menjurus kpd sesuatu bidang. Challenge terbe ...

Agaknya bebudak cerdik pintar cenggini diorang dok join main dak sekali dengan bebudak biasa yang lain main bola ke, main lari2 ke.

Dulu masa iols darjah 6, ada sorang kawan sekelas ni, budak pandai. Memang direct score A semua subjek time exam. Tapi berkawan memilih nak sama level dia jugak. Pernah iols tanya dia soklan mate yang iols tak reti nak jawab, buleh dia jawab 'ha jawab la macam cikgu ajar tu'. Memula dengar iols tak percaya dia nak cakap camtu. Yelah dah cikgu pun kata kat kelas kalau ada apa2 soalan yang tak paham, buleh tanya kat dia. Ha iols pun tanya la. Lepas tu tak puas hati dia jawab camtu, iols tanya lagi soalan yang sama. Dan jawapan dia pun camtu jugak, cam malas nak ajar iols. Kerek pun ada jugak. Huh. Mentang2 budak pandai dan anak orka.
Quote Thunderclouds 29-9-2024 01:39 PM
sayawifenikmie replied at 29-9-2024 12:40 PM
PERMATA PINTAR ni idea Kak Mah ... ada juga jasa beliyau kpd Malaysia
Apa khabarnya Kak Mah agaknya
...

Yup.
Despite everything, idea kak mah utk pembangunan potensi kanak² xleh dinafikan.
Nampak la dia btol² invested ngn kebajikan pendidikan budak².
Alhamdulillah program Permata ni hidup sampai sekarang.
Tq kak mah!
Quote Minami2013 29-9-2024 01:54 PM
kotakbaju replied at 29-9-2024 05:38 AM
Agaknya bebudak cerdik pintar cenggini diorang dok join main dak sekali dengan bebudak biasa yang  ...

Biase budak2 ni dia tgk parents dia mcm mana. Lagi pulak kalau jenis yg dpt pujian kat kelas.. kat rumah.. dia la terpaling pandai. Dia pun perasan lah jugak kan. Masih pandai kah dia uols?
Quote B40tastePosh 29-9-2024 01:58 PM
Minami2013 replied at 29-9-2024 01:54 PM
Biase budak2 ni dia tgk parents dia mcm mana. Lagi pulak kalau jenis yg dpt pujian kat kelas.. kat ...

Kak Mah sendiri Permata Pintar Negara
Quote syamzana 29-9-2024 02:01 PM
bdk ni kalau uols igt pernah masuk forum jugak asbab dia masuk permata pintar masa 6thn tu. dia ni autism, einstein syndrome.
harap menjadi la ya dan jaga diri elok2...tak mcm genius math tu entah apa2 je. genius yg jd pedo tu pun amik math jugak kan?

iols baca dia keluar dari permata pintar lepas kampus beralih ke seremban sbb jauh. then dia homeschooling sampai la ambil a level tu
sempat dok US kejap folo mak dia keje kat houstan masa ni la detect autism, pergi terapi bagai. umur 2thn pun dah mengira membaca jawi&rumi bagai.
Quote mejaputih 29-9-2024 02:11 PM
Kali ke 2 repeat tgk citer Gifted...
Tp artiket atas ni betul ke budak ni autism?
Quote Jikookie 29-9-2024 03:28 PM
Bijaknya. Kagum betul
Quote makita 29-9-2024 03:48 PM
kotakbaju replied at 29-9-2024 01:38 PM
Agaknya bebudak cerdik pintar cenggini diorang dok join main dak sekali dengan bebudak biasa yang  ...

Kalau zaman skrg jumpa bdk pandai tp kerek mcm ni, pegi je report kat cikgu reramai. Mesti tak boleh dpt TP6. Kan nak dpt TP6 tgok dia reti ajar kwn ke tidak. Hahaha ye ada bdk yg mmg jenis pilih kwn nak pandai kaya je.
Quote Tinot7 29-9-2024 04:28 PM
makita replied at 29-9-2024 03:48 PM
Kalau zaman skrg jumpa bdk pandai tp kerek mcm ni, pegi je report kat cikgu reramai. Mesti tak bol ...

TP6 ada kriteria kena ajaq bebudak? Woww..
Quote Tinot7 29-9-2024 04:28 PM
Tahniah dikk..
Tapi grad awai2 ni nak wat apa dgn degree nnt?

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.204561 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top