CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengimport diseru turunkan harga ekoran pengukuhan ringgit - Nga Kor Ming

29-9-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28991| Komen: 5

 


IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mahu pengimport menurunkan harga barangan masing-masing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, hal itu akan membolehkan rakyat merasai impak kenaikan nilai ringgit yang menjadi antara mata wang yang paling mengukuh.

“Saya selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyeru semua pengimport dapat menurunkan harga supaya rakyat menikmati nikmat daripada kenaikan nilai mata wang kita.

“Adalah perlu supaya pengimport yang telah menikmati kekuatan mata wang dapat kurang dan turunkan harga supaya rakyat betul-betul rasa nikmat daripada usaha kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak di sini hari ini sebagai Naib Pengerusi DAP.

Ringgit mengakhiri minggu lalu pada RM4.11 berbanding dolar AS, sekali gus merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2021.


Sementara itu mengenai Belanjawan 2025, Kor Ming berkata antara inisiatif yang dikemukakan oleh kementeriannya ialah Deposit Madani iaitu usaha untuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama.

Jelasnya, cadangan itu adalah dengan menyediakan kemudahan deposit sehingga RM30,000 maksimum dengan harga rumah tidak melebihi RM500,000. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 29-9-2024 11:26 PM
Ok.
Quote Sinistea 30-9-2024 08:37 AM
Tak mau. Kenapa kena turunkan harga kalau bole untung lebih... - Dragon Pengimport
Quote clueless_gamer 1-10-2024 09:00 AM
importer ni bukan mostly supporter korang ke dulu?

berani ke nak caras tokeh tu atau sekadar nak buat gimik prihatin je ni?
Quote plywood 1-10-2024 11:18 AM
baguslah. memang patutnya begitu. dia pakai alasan yg sama untuk naikkan harga bila tak boleh dah maka kena turunkan harga.  
Quote tripleid 1-10-2024 12:07 PM
Sinistea replied at 30-9-2024 08:37 AM
Tak mau. Kenapa kena turunkan harga kalau bole untung lebih... - Dragon Pengimport

takyah kata tauke besar..makcik jual ayam penyet tepi jalan pun takkan turun harga punya

sama je belaka 2x5..bab naik harga je yg laju,time kjaan suruh turun harga semua pakat krikk2


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.034612 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top