PETALING JAYA – Legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dilaporkan tiba di Malaysia hari ini. Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok @udinsofficials yang memaklumkan Khabib tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi tadi. Atlet kelahiran Dagestan, Rusia yang kali pertama hadir di negara ini bakal menemui peminatnya dalam acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini. Lebih mengujakan, Udin berkata, dia menjadi orang pertama yang berswafoto dengan Khabib setibanya figura tersebut di Malaysia. “Alhamdulillah dapat jadi orang pertama yang dapat selfie (swafoto) dengan Khabib. Khabib jejak sahaja kaki kat Malaysia, saya tidak lepaskan peluang. The best fighter of all time (Pejuang terbaik sepanjang masa) Allahuakbar,” katanya.
Menurut lelaki itu, dia merupakan peminat tegar Khabib sejak tahun 2015. Sumber – KOSMO! ONLINE |
kemaruk replied at 29-9-2024 11:15 PM
idola tegar kunun
entah2 sebut nama khabib pon tak reti
kemaruk replied at 29-9-2024 11:15 PM
idola tegar kunun
entah2 sebut nama khabib pon tak reti
lostnfaun replied at 30-9-2024 08:09 AM
Nmpk khabib mcm naik private jet weststar.
Sharil kadir share dia pegi jamuan makan khabib dgn owne ...
suri33 replied at 30-9-2024 02:50 PM
Boleh ke nak seru sorg influenzah jelitah ni? Khabib mai sini ng—.
ADVERTISEMENT