Oleh Izzah Abbasy
Si manja ketika baru sahaja lahir, makanan untuk mereka adalah susu ibu kerana khasiat dan segalanya terdapat pada susu ibu. Setelah meningkat 6 hingga 8 bulan, si manja sudah mula diajar untuk makan nestum dan makanan yang lembut-lembut. Setelah meningkat umur 8 bulan ke atas, barulah si manja diajar untuk makan makanan-makanan lain. Antaranya, bubur sayur, bubur ayam dan sebagainya. Kadang-kadang jika para ibu mula langkah pertama memberi makan bubur kepada si manja, mereka pasti tidak beberapa suka makan nestum. Tetapi ia bergantung kepada bayi anda, tidak semua bayi mempunyai selera yang sama. Namun, apa kata dari mula suapkan sahaja bubur yang dicampur sayur seperti brokoli, lobak dan sawi. Sekurang-kurangnya apabila mereka besar, mereka akan mudah untuk makan sayur. Anda juga boleh ubah-ubah campuran sayur ke dalam bubur. Anda kisarkan sahaja kesemua nasi dan sayur-sayur tersebut. Jangan terlalu halus dan cair. Anda boleh pelbagaikan mengikut hari atau kategori sayur atau mengikut selera anda. - CARI Infonet 1) Nasi + brokoli
2) Nasi + sawi 3) Nasi + brokoli + lobak 4) Nasi + sawi + lobak 5) Nasi + kentang + lobak + bilis 6) Nasi + kurma 7) Nasi + kobis bunga + kentang
|
14
Bagus |
25
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT