CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fasi universiti dilabel syok sendiri, buat prank gaduh depan pelajar demi sambut birthday rakan

2-10-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26294| Komen: 99|Original author: sinardaily

 


Tular di media sosial fasi universiti dilabel syok sendiri kerana buat ‘prank’ bergaduh di hadapan pelajar baharu dei menyambut hari lahir rakan mereka.

Menerusi satu hantaran di TikTok, zeeyysss telah memuat naik video memaparkan hari orientasi di sebuah universiti awam di Segamat sedang kecoh kerana beberapa fasilitator bergaduh namun puncanya tidak diketahui.


Menurut fasilitator tersebut, mereka terpaksa mengorbankan hari cuti mereka kerana perlu menjayakan hari orientasi tersebut, namun dibalas dengan pergaduhan bersama fasilitator lain.


Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa fasilitator yang menengking pelajar baharu hanya kerana mereka bersuara ketika pergaduhan  tersebut.

Melihat kepada wajah pelajar baharu ketika fasilitator tersebut bergaduh, segelintir daripada mereka kelihatan sedikit cuak atau gentar melihat kejadian tersebut.

Rupa-rupanya pergaduhan tersebut hanyalah helah daripada fasilitator untuk menyambut hari jadi rakan mereka yang dipercayai merupakan salah seorang daripada fasilitator semasa orientasi.

Sebaik mendengar nyanyian lagu ‘Happy Birthday’, terdapat beberapa pelajar baharu lelaki yang kedengaran kurang berpuas hati dengan sambutan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melabel fasi universiti awam itu syok sendiri kerana menyambut hari lahir rakan mereka di hadapan pelajar baharu.

 
 
 
 
Malunya sampai ke sini…..

Sumber - OhMyMedia



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-10-2024 11:02 AM
Syarat nak jadi bumiputera kot.
Quote Zezo 2-10-2024 11:06 AM
Aku paling malas betul orientasi time, 1 atau 2 hari tak boleh ke.

Mcm takde significant untuk aku.
Quote Samerosie 2-10-2024 11:23 AM
Generasi yg membesar dgn Maharaja Lawak...gitu je le.
Quote kepompong 2-10-2024 11:28 AM
Zezo replied at 2-10-2024 11:06 AM
Aku paling malas betul orientasi time, 1 atau 2 hari tak boleh ke.

Mcm takde significant untu ...

UTM skudai tahun ni 3 hari je. ... sabtu, ahad , isnin. Sabtu pun Lepas pukul 2 baru start.

selasa students tu pegi singapore

i tahu sbb anak i call nak balik sbb passport dah mati tal boleh ikut
Quote Zezo 2-10-2024 12:22 PM
kepompong replied at 2-10-2024 11:28 AM
UTM skudai tahun ni 3 hari je. ... sabtu, ahad , isnin. Sabtu pun Lepas pukul 2 baru start.

sela ...

Zaman dulu seminggu orientasi. Dari zaman masuk asrama hingga ke U. Orientasi je. Padahal MPP lepas orientasi, buat hal masing².

Lebih kpd nk cari adik angkat² je, fasi² poyo. Entah hape².
Quote areyam 2-10-2024 01:31 PM
seronok orientasi dulu dpt pergi kem BTN... pastu kebetulan penceramah U best dan kelakar...
Quote nipskacang 2-10-2024 01:48 PM
I dgn roomate zaman study sampai skrg berbulu je dgn fasi time orientasi kiteorg walaupun kejadian dh 14 tahun lps hahahhaah eiii bende2 bodoh ni boleh stop dh kot bosan gila tgk masing2 terpaling senior
Quote dua_chzy 2-10-2024 02:01 PM
De fak is this? Kat sekolah pun dah takda orientasi begini wei!
Quote dua_chzy 2-10-2024 02:02 PM
Yo, meols got second hand embarrassment too uols oi sanggup tengok beberapa saat ja terus katup video!
Quote cmf_almondpecan 2-10-2024 02:08 PM
Mentaliti mundur macam ni pantang diberi sedikit kuasa dah rasa ada hak nak control dan arah orang lain. Tak sedar diri tu nampak bodoh. Dah la sesetengah tu sebenarnya melanggar undang2.
Quote CiliPadiSedap 2-10-2024 02:22 PM
taktala usia kaka ni.. im just counting my age wish happy life, happy ibadah..happy healthy mindset.. happy healthy life partner..

zaman prank2 bbnu ni so yesteryearrrr.. moga mature ye adik2.
Quote asudau 2-10-2024 02:39 PM
lain kali orientasi bagi pi hantar kat kem askar, lagi bagus dari orientasi acah-acah fasi ni bagai
Quote bpbbppbp 2-10-2024 02:45 PM
Edited by bpbbppbp at 2-10-2024 09:49 PM

Kwn iol dri ukm. Kne mcm ni jugak, tapi lagi haru. dorang kejut 3 pagi, kmpul kat kafe. Pastu yg jerit2 tu felo kertu
Quote A-Are 2-10-2024 03:14 PM
minggu mesra siswa ni tah apa2...baru nak makan da kena jerit suruh makan cepat2...lepas tu dok paksa dengar ceramah mcm2...yihhh...bosan betul..kalo x dtg pon bukan ada apa2 tindakan pon...
Quote NazRysha 2-10-2024 03:22 PM
macam gampang
harap anak aku tak masuk universiti ni
Quote likilu 2-10-2024 03:34 PM
Syukur hidup zaman social media

Dulu dulu junior tunduk je depan senior take note nanti balik bilik baru ngumpat
Sekarang nahhh public shaming terus terpaling senior tak sedar diri bodohkan diri depan new students.

Harap consider drop out lah pest of society ni kalau grad pun
Quote AnBulisia 2-10-2024 03:42 PM
buatlah orientasi secara online daripada bilik masing masing setara dengan zaman pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya alam cyber teknologi terkini kejayaan semakin hampiri biar di kota ataupun desa kita semua pasti merasa bangga
Quote Ai_kiu 2-10-2024 03:55 PM
Takleh blah ea minggu siswa siswi ni acah terpaling senior alih2 duduk sekelas dgn junior sbb repeat paper
Mana taknya kena repeat paper, tiap tahun dimaki berbakul2 dek junior sampai benak xleh belajo
Adan uker
Quote BungaKencana 2-10-2024 04:00 PM
penting ke bufday fasi tu? dorang kne bahan dkt Tiktok dgn budak2 gen Z ni.. adan uke..

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.489854 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top