Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor, semalam. Menerusi Instagram Tunku Ismail memaparkan baginda bersama Sultan Selangor bergambar seterusnya meluangkan masa berbincang mengenai beberapa perkara. Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor membincangkan mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara. Malah, turut disentuh adalah mengenai bola sepak apabila Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail bersetuju bahawa perbalahan atau perseteruan hanya kekal dalam padang saja. "Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja. " Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. Allah Peliharakan Sultan," tulis baginda di Instagramnya. Berdasarkan kepada situasi semasa, JDT dan Selangor sudah pastinya terkenal dengan perseteruannya dalam kancah saingan Liga Super. Perseteruan kedua-dua pasukan itu mewarnai kancah Liga Malaysia dengan masing-masing kini menduduki tangga pertama dan kedua Liga Super. Sumber - Harian Metro |
alesandra replied at 3-10-2024 09:26 AM
Gamba rare neh ...tunduk salam.
alesandra replied at 3-10-2024 09:26 AM
Gamba rare neh ...tunduk salam.
ADVERTISEMENT