CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran untuk AS supaya tidak masuk campur - "Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri"

3-10-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12601| Komen: 6

 


Tehran: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Tehran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan berikutan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, lapor Al-Jazeera.

"Kami telah memberi amaran kepada tentera AS untuk menarik diri daripada perkara ini dan tidak campur tangan," kata Araghchi kepada televisyen kerajaan, sambil menambah mesej itu disampaikan melalui kedutaan Switzerland di Tehran.

Presiden Joe Biden berkata AS "menyokong sepenuhnya" Israel selepas serangan peluru berpandu itu, sambil menambah beliau akan membincangkan tindak balas dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Ditanya oleh pemberita tentang tindak balas terhadap Iran, Biden menjawab: "Itu sedang dalam perbincangan aktif sekarang."

Sementara itu, Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid berkata, Iran akan membayar harga yang tinggi untuk serangan peluru berpandunya, sambil menambah "di Tehran mereka tahu bahawa Israel akan datang".


"Tindak balas harus keras dan menghantar mesej yang jelas kepada seluruh paksi - Iran, Yaman, Syria, Lubnan dan Gaza," tulisnya di X.

Katanya, seiring dengan tindak balas ketenteraan, pihaknya mesti membangunkan strategi politik serantau keseluruhan yang mengubah kejayaan ketenteraan kepada perubahan strategik.

"Kita tidak boleh melupakan seketika keperluan mendesak untuk memulangkan mangsa yang diculik ke rumah," katanya.


Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 5-10-2024 06:19 AM
nama 5 negara yg diorang dah plan nak attack dah keluar 30 tahun lepas.. iran je last tinggal ni..

kau rase?
Quote ultra78 5-10-2024 06:33 AM
Israel akan heret pihak lain iaitu amerika untuk berperang dengan iran. Itulah perangai celaka yahudi. Dapat pulak presiden amerika yg dungu Joe Biden. Israel tahu mereka tidak akan mampu berperang di darat. Mereka mahu negara lain berperang bagi pihak mereka.
Quote Dwdrum 5-10-2024 06:52 AM
Masuk campur urusan palestine boleh... Gang perang mahu perang tetapi mahu arrange cara perang... Unfortunately perang bukan story dari 1 side... Hadap lah...
Quote cmf_jeangrey 5-10-2024 06:43 PM
All those countries above diserang direct oleh Israel so tak salah utk mereka bertindak balas..yg jahatnya AS mastermind behind all this, yg x diserang tp menyibuk...kau boleh expect lah the next bin laden

Quote arnauld 5-10-2024 06:54 PM
Yahudi ni dlm ww1 engkorang sure heran mana usa boleh get involved padahal perang kat europe? Actually yahudi ny bernard baruch dsh byr pres usa woodrow wilson utk buat decree utk usa participate mcm juga sekarang lobbyist aipac mmg dok masuk duit dlm account politician usa. So takkan iran fikir dia punya warning tu laku? Adehhhhh
Quote AbukRokok 5-10-2024 08:58 PM
Israel kata nak serang iran?
Tak serang serang pun
Sembamg kencang je wayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.403580 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top