CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balas ‘Tweet’ Tentang Suami Skandal Dengan Staf, Netizen Kata Fazura Bagi ‘Hint’? – “Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak…”

3-10-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31939| Komen: 81

 


Konflik rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi bualan hangat sejak berita melaporkan aktres itu memfailkan perceraian.

Terbaru, hantaran aktres berusia 41 tahun tersebut mengundang perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga maya di X.

Menerusi laman sosial X, Fazura telah membalas tweet seorang wanita yang berkongsi pengalaman suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja wanita.

Menurut cerita individu tersebut, cara suaminya melayani staf wanita muda dan cantik itu berbeza dengan yang lain malah turut menjemput serta hantar pulang ke rumah.

"Jumpa staf malam malam dekat tempat kerja tapi dua dua menafikan. I nak berhentikan staf ni tapi laki I tak bagi dan nak jadikan pengajaran untuk I supaya kawal emosi. Siap belikan barang, bagi duit beli groceries, tolong selesaikan loan tapi cakap dekat I mereka tak ada apa (hubungan). Fast forward, laki I minta izin nak kahwin dengan staf ni…"




Fazura dilihat membuat hantaran dan menulis,

"Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!"

Kata netizen, Fazura seolah-olah mahu memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang membabitkan rumah tangganya bersama Fattah.

Bagaimanapun, beberapa individu berkata Fazura sepatutnya mengendalikan hal ini dengan lebih matang dan profesional serta perli menjaga perasaan anak dan keluarga mentuanya.


 

Sumber -  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 3-10-2024 10:22 PM
Apa kawan tu buat smua nk relate kan ngn kes cerai dia.... Pantang gerak skit..
Quote lanacondor 4-10-2024 01:00 AM
Selagi xkene dekat diri sendiri mmg la ckp mcm2. Kalau sendiri kene sondol, korg la yg kaki viral xigt dunia. Buat semua perempuan yg di curangi, semoga korg semua kuat hadapi ujian hidup. Semoga mereka yg curang akan terima balasan setimpal.
Quote Mamioomami 4-10-2024 01:10 AM
lanacondor replied at 4-10-2024 01:00 AM
Selagi xkene dekat diri sendiri mmg la ckp mcm2. Kalau sendiri kene sondol, korg la yg kaki viral xi ...

Aminnnn
Quote kucim 4-10-2024 01:15 AM
Hanya yg melalui terasa pedih disakiti...
Quote cm_vungtau 4-10-2024 01:20 AM
Kami tak purrcaya
Quote zeitabaei 4-10-2024 01:34 AM
the real fake queen is back
Quote doubleA 4-10-2024 01:44 AM
Something trigger dan mencalarkan ego lalu terzahir juga?

Quote wafeloren 4-10-2024 01:56 AM
Apa2 la netz ni. Nmpak mcm faz ni women support women je. Jauh bebeno peel laki dia dengan couple viral ni.
Quote snowflakes 4-10-2024 02:26 AM
Kalau betul laki curang kau ingat dia nak main post quotes je ke
Quote Thunderclouds 4-10-2024 06:46 AM
Passive aggressive.
Tipikal fake
Quote nisako 4-10-2024 08:00 AM
wow
Quote Nozot 4-10-2024 08:10 AM
Kalau macam nie lah isiti lah fake tak tahu lah. Rasanya kita semua pun fake la ya
Quote chandrahusin 4-10-2024 08:19 AM
Tanpa membaca aku ingat nak terus komen
gedik la pempuan ni
Tapi aku scroll balik baca atas tu
"Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!"
Lahhh... support each other je punnn
ke Netz yg overthinking?
Team Fattah letewww
Quote xtinkerbellx 4-10-2024 08:20 AM
Biarlah dia support girl tu. Bam tah kan alim introvert tak mungkinlah dia curang. Nape nak terasa ni
Quote menjad 4-10-2024 08:25 AM
diam2 sudahlah.. dah 40an pun xtau lagi handle emosi hang ker... masalah RT tak perlu nak canang kat socmed. tambah ko selebriti. jaga lah aib diri tuh makcik
Quote Minami2013 4-10-2024 08:27 AM
1000048660.jpg

Suami kata tak curang. Isteri bagi hints suami curang berkali kali. Punca cerai pun katanya tak sefahaman. Kan senang je if fail cerai sbb curang. Strong reason.
Quote noor2 4-10-2024 08:31 AM
lanacondor replied at 4-10-2024 01:00 AM
Selagi xkene dekat diri sendiri mmg la ckp mcm2. Kalau sendiri kene sondol, korg la yg kaki viral xi ...

Tak juga...ada yg x viral..
Quote borrow 4-10-2024 08:41 AM
masalahnya tgk last post 2023. Tibe kambek , post gitu. Dhlah ada gosip shuben & staff sheols. Tak ke ngundang. Ke ada post 2024 yg lain tp ai yg terhijab.

Quote Bubbleguppy 4-10-2024 08:49 AM
1000016996.png

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054511 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top