CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tiada 1 mesej, panggilan atau DM daripada Aliff tanya fasal anak’ - Bella Astillah

4-10-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44527| Komen: 91

 


Penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya, Aliff Aziz tidak pernah menghubungi anak-anak mereka sejak bercerai pada 13 Jun lalu.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan situasi terbabit.

“Sebenarnya saya sudah tak mahu ulas pasal itu, tapi sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej atau panggilan atau Direct Message (DM) daripada dia.

“Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikaikan, saya tidak marah dan saya rasa lebih baik begini.

“Tapi kita tak tahu tiga sehingga empat tahun lagi macam mana sebab saya rasa ini jalan yang terbaik. Sebab saya seorang yang berhati lembut, dan saya tidak bersedia untuk itu (berbaik),” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya, Tapi Bukan Denganmu, di sini, hari ini.



Tambah Bella lagi, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah bertanyakan tentang bapa mereka.

“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya lagi takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar dan setakat ini okey. Boleh nampak di media sosial saya.

“Saya nak membantu diri saya untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan saya tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia.

“Saya tidak cakap yang pihak sana tiada usaha tapi sebenarnya saya bersetuju dengan tindakannya sekarang. Saya tidak marah dan saya rasa adalah lebih baik kita menjalani kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Katanya lagi, kehidupannya kini lebih tenang sejak bergelar ibu tunggal dan sibuk dengan kerjaya seni sebagai pelakon dan penyanyi.

Untuk rekod, Bella dan Aliff pernah berkahwin pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada Mei 2019. Tetapi kembali rujuk dalam tempoh edah.

Kemudian rumah tangga mereka sekali lagi dilanda badai pada awal tahun ini selepas Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

Sehubungan itu, Bella telah memfailkan penceraian pada bulan Februari dan akhirnya mereka sah bercerai pada 13 Jun.    

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-10-2024 10:41 PM
Sebab cerai tak baik dek.

Mrasalah.

Quote dua_chzy 4-10-2024 10:41 PM
Cerai cara tak baik maksud aku. So...
Quote mrsLucky 4-10-2024 11:03 PM
Edited by mrsLucky at 4-10-2024 11:05 PM

Takpe lah Bella...Tuhan dah berikan rezeki anak mencurah curah pada you..mungkin dipermudahkan since Aliff mungkin tak akan bagi nafkah anak..

Jaga anak baik2. Comel dan bijak anak2 you..

I pon pelik jenis bapa apa yang tak bertanya kabar atau rindu anak2.

Mungkin sukar sikit nak move on bila suami dan bff berkomplot menjatuhkan you sebab sakitnya hanya you yang tahu.

But please take one day at a time...one day you will be free from sadness and heartache..you ada anak2 that make you tough and strong..

Quote dua_chzy 4-10-2024 11:36 PM
Bella ni kaum apa uols?

Kalau tengok nama, bapak orang Brunai.

Mak? Orang Sungai? Suluk?
Quote rayna_raynes 4-10-2024 11:41 PM
dua_chzy replied at 4-10-2024 11:36 PM
Bella ni kaum apa uols?

Kalau tengok nama, bapak orang Brunai.

Melayu jak rasanya.

Quote dua_chzy 4-10-2024 11:46 PM
rayna_raynes replied at 4-10-2024 03:41 PM
Melayu jak rasanya.

Iyo tapi Melayu apa? Bapa dia memang sah2 Melayu Brunei. Mak dia tu aiol ghasa orang Sungai. Muka pattern anak angkat Zizie Bung (girl) yang Orang Sungai tu. Pehtu kebetulan deol asal Sandakan tak silap ai.
Quote kucim 5-10-2024 12:03 AM
Akibat tersalah pilih suami

Moga ada ganjaran sabar buatmu
Quote jihah_kudat 5-10-2024 12:10 AM
she boleh je tak respon soalan ni dan cakap no komen..tapi kalo tak respon takde la org tahu she baru lancar lagu baru....menyanyi berlakon back to back  hujung2 cerita pasal ex jugak org tanya..
Quote Kurex 5-10-2024 12:18 AM
kucim replied at 5-10-2024 12:03 AM
Akibat tersalah pilih suami

Moga ada ganjaran sabar buatmu

apa pulak salah pilih suami.. she sendiri sundels
Quote zehra2 5-10-2024 06:53 AM
besarkn anak dgn baik. cer tengok ritarud. mmg ler org mengata. buat baik ngata.. buat buruk apa lg. org nk panggil sundal ke apa ke.. bukan dia org yg belikan beras.
komen ni utk semua perempuan diluar sana. yg menyara anak bila suami tk beri nafkah.
Quote Aneem 5-10-2024 09:02 AM
Tetap jugak la nak menunggang cerita bekas suami utk kekal relevan.
Quote kucingitam 5-10-2024 09:48 AM
rileks2 je bella, takyah stalk, pikir pakai ex lagi dah... ini baru betul; 'watch me happy'
Quote luc 5-10-2024 09:59 AM
Adoi budak ni. Pegi la selesaikan sesama korang. Yang kau pegi cakap kat reputs apahal.
Quote Pujangga22 5-10-2024 10:00 AM
dua_chzy replied at 4-10-2024 11:36 PM
Bella ni kaum apa uols?

Kalau tengok nama, bapak orang Brunai.

bajau rasannya...mcm si dayang areeda (sila googleklu tak kenal)
Quote Tiggybiru 5-10-2024 12:07 PM
Takpe bella kita semua tahu dia hauk
Okayy move onn
Quote kuzaime 5-10-2024 01:04 PM
Kat fb dh brapa hari asik lalu lalang cerita mak si alip nak tuntut sorang anak, x taulah betul ke x? Malas nak tekan link kang kluar link shopee
Quote amyza 5-10-2024 01:19 PM
Memang nampak dia selalu dgn anak². Anak² pun elok terurus. Alif jenis tak rapat dgn anak sbb tu anak tak kisah pun ada alif ke tak sama jer.
Cuma, jgn nyanyi lagu mahalini yek bella tak sesuai suara bella
Quote naina 5-10-2024 01:25 PM
Fuyooo. Toksik ya parents Alif ya. No wonderla anaknya xmatang2. Laki yang matang dia cari kerja elok2, jaga isteri dan anak elok2. Kalau bercerai pun sedaya upaya cari jalan nak jumpa anak dan nafkahi anak. Macam tak happy dan terkongkong je bila Alif ni jadi suami. Sebab diri dia sebenar adalah Playboy.
Quote dua_chzy 5-10-2024 01:36 PM
Pujangga22 replied at 5-10-2024 02:00 AM
bajau rasannya...mcm si dayang areeda (sila googleklu tak kenal)

Rasa macam bukan Bajau semata. Lotsof mix juga Bella ni. Dayang tu pun, bila ai google tengok muka, nampak hado darah2 selain Bajau.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043929 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top