CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dicekup Selepas Acu Pisau Dekat Polis Yang Cuba Membantunya Selepas Kemalangan

7-10-2024 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14278| Komen: 2

 

 

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki bertindak mengacu pisau kepada anggota polis yang cuba membantunya selepas kereta yang dipandu terbabas di Jalan Expressway Samarahan-Kuching berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun dapat diberkas dengan bantuan anggota bomba yang turut berada di lokasi.

Dalam kejadian pada pukul 11.35 pagi itu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Samarahan menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas di Jalan Expressway Samarahan-Kuching.

“Anggota MPV yang tiba di lokasi cuba membantu pemandunya sebelum diacu pisau. Lelaki itu kemudian cuba ditenangkan pihak berkuasa namun gagal memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jaimi berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, namun keputusan ujian air kencingnya negatif. Sebilah pisau pemotong sayur yang digunakan dalam kejadian itu dirampas.

Lelaki itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 7-10-2024 09:02 AM
Tarik skali lesen memandu tu .silap2 kena langgar..pi tikam org yg melanggar
Quote IzzahF 7-10-2024 09:10 AM
tgk kat fb tu mcm tgh lalok hisap gam je. rileks je muka pegang pisau, tak peduli pun polis ramai2 situ. syukur byk la ko kat malaysia. kalau kat US sana dah habis peluru hinggap kat badan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063138 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top