CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sepanjang kahwin, tak pernah rasa duit raya daripada dia’ - Fazura dedah anaknya Fatima tak pernah dapat duit raya dari Fattah Amin

7-10-2024 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21545| Komen: 121

 


Pelakon Nur Fazura, mendedahkan anaknya, Nur Fatima Aisya tidak pernah menerima duit raya sepanjang empat tahun membesar daripada bekas suaminya, Fattah Amin.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, aktor terbabit mempunyai pendapatan besar selain turut mendapat nilai penajaan yang tinggi daripada pelbagai jenama.

“Ramai juga cakap, tak kasihankah kepada Fatima (perceraian ini)? Sejujurnya, saya kasihan. Tapi, di sini saya pun sedih. Cuma Fatima, sepanjang empat tahun pun tak pernah rasa duit ayah dia, duit raya ayah dia.

“Saya sendiri pun sepanjang berkahwin dengan Fattah tak pernah rasa sekali duit raya daripada dia.

“Anda semua perlu tahu, penajaan dia beratus-ratus ribu dan pendapatan dia rasanya mencecah setengah juta. Tapi, takkanlah tak boleh bagi kepada saya dan Fatima,” katanya selepas prosiding kedua permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, hari ini.


Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, juga menegaskan enggan memisahkan hubungan bapa dan anak walaupun antara mereka tiada lagi ikatan.

“Memang seboleh-bolehnya saya tak mahu pisahkan Fatima dengan ayahnya. Tapi, bagaimana nak hidup bersama kalau Fatima saksikan ibu bapa dia tak bahagia.

“Saya kena besarkan Fatima dengan mental yang baik, bahagia dan sebagainya,“ ujarnya.


Selain itu, Fazura juga mengajukan soalan kepada Fattah mengenai masa depan anaknya sekiranya puteri mereka berumah tangga kelak.

“Saya nak tanya Fattah, kalau suatu hari nanti, pasangan Fatima buat kepada Fatima seperti mana dia buat kepada saya, adakah dia bersetuju untuk teruskan dengan apa yang dia buat kepada saya?” katanya.

Hari ini, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.

Lafaz talak itu dilakukan aktor berusia 33 tahun itu pada pukul 9.45 pagi tadi, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Pasangan selebriti terbabit berumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Addrianna 7-10-2024 01:23 PM
Mohon karat pajura masuk sini
Quote pasubungaa 7-10-2024 01:24 PM
hah? hah?
Quote pasubungaa 7-10-2024 01:27 PM
kenapa tak minta je kat fattah? fattah jawap apa agaknya
Quote pasubungaa 7-10-2024 01:27 PM
kenapa tak minta je kat fattah? fattah jawap apa agaknya
Quote nisako 7-10-2024 01:28 PM
wow
Quote noor2 7-10-2024 01:28 PM
Astaghfirullah.....entah knp aku kesian kat Fatah...serius
Quote noor2 7-10-2024 01:30 PM
Ko nk duit brp juta fazura...mmg fatah x pernah belanja makan, bunga semua tu ke..atau ko mmg nak cash?
Quote xtinkerbellx 7-10-2024 01:31 PM
Headline meminta kena hencap
Quote jejaka_hensem 7-10-2024 01:31 PM
Salam kosong je time raya dgn anak?
Quote noor2 7-10-2024 01:31 PM
Susah bila bini lebih kaya dari laki..
Quote apedehal 7-10-2024 01:32 PM
Kesian ko fazura...aku tiap2 tahun dpt duit raya dr suami masa bercinta sblm kawin pun da dpt..xperlu mnx pun hihihi..betul la andai dikata fattah ni lembam..xkn nk tggu mnx kut. Lama da la tu fazura smpan perasaan tersakiti kalau kecoh2 sblm cerai msti talak xdapat..pandai eh balas dendam
Quote Nsymhmd 7-10-2024 01:33 PM
Kiranya Fattah tak pernah bagi duit belanja? Tapi bil rumah, kereta, makan, pendidikan anak siapa yang bayar? Duit raya bukan under nafkah suami..
Quote hanamunir 7-10-2024 01:34 PM
x logic la anak x dapat duit raya dari ayah? benda tu la paling excited masa raya..
abis tu salam raya je ke?
or patah da transfer masuk acc?
Quote Nsymhmd 7-10-2024 01:35 PM
Ramai isteri tersalah konsep bab nafkah dan belanja ni. Aku tak tau la ajaran siapa yang dok promote tiap bulan kena bagi sekian² amount kat isteri sebagai nafkah. Sedangkan top to toe isteri dan anak² tu suami dah bayarkan. Tapi Fattah ni another level la. Kaya ratus ribu berkat doa anak isteri jugak kan. Apalah salahnya masukkan sikit kat bank Fazz dan Nyamma tu
Quote Hoshhi 7-10-2024 01:36 PM
Menyesal aku backup kau. X cium bau syurga buat laki mcmtu
Quote aammyy 7-10-2024 01:36 PM
Duit raya bukan nafkah kan? Ke i silap? I rasa fattah bagi tapi basic je la, mcm nenas bg kat nabila dulu. Orang upperhand kut. Maintenance tinggi.
Quote jejaka_hensem 7-10-2024 01:43 PM
Hoshhi replied at 7-10-2024 01:36 PM
Menyesal aku backup kau. X cium bau syurga buat laki mcmtu

Kalau laki tak bagi nafkah,curang bau apa pulak?
Quote Hoshhi 7-10-2024 01:45 PM
jejaka_hensem replied at 7-10-2024 01:43 PM
Kalau laki tak bagi nafkah,curang bau apa pulak?

Fattah ada bukti transaction bank yg dia ada bgi ex bini dia nafkah. So tang mne yg x dpt nafkah tu?
Quote kaseh80 7-10-2024 01:45 PM
Duit Raya apo ?
Very Lame excuse
Ckp tak sekufu je

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063116 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top