CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Utara Serang Korea Selatan Dengan Belon Sampah. Kadang Kala Berisi Najis, Merentasi Sempadan

7-10-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19403| Komen: 13

 


SEOUL – Korea Utara sekali lagi melepaskan sejumlah belon sampah ke arah negara jirannya, Korea Selatan awal hari ini, kata  Seoul, hanya tiga hari selepas pelancaran serupa pada minggu lalu.

Akhbar The Korea Times melaporkan Ketua Staf Bersama Korea Selatan sebagai berkata, penduduk  wilayah Gyeonggi, utara Korea Selatan  dan bahagian lain di kawasan metropolitan Seoul diminta berwaspada kerana belon sampah mungkin menuju dan berisiko menimpa mereka.

Pihak tentera juga menasihati rakyat supaya tidak menyentuh belon-belon tersebut.

Sejak akhir Mei lalu, Korea Utara telah menghantar lebih 5,000 belon sampah yang kadang kala berisi najis, merentasi sempadan ke arah Korea Selatan.

Pyongyang dilaporkan berbuat demikian sebanyak 25 kali.

Dalam pelancaran sebelum ini pada Jumaat lalu, Pyongyang menghantar kira-kira 320 belon sampah.


Tentera Korea Selatan berikrar mengambil langkah ketenteraan keras sekiranya Korea Utara melampaui batas dengan kempen belon sampah yang berterusan atau mendatangkan kecederaan serius kepada rakyat di Selatan.

Sebagai tindak balas, tentera Seoul melancarkan semula siaran propaganda anti-Korea Utara pada setiap hari melalui pembesar suara di sepanjang sempadan kedua-dua negara sejak 21 Julai lalu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 7-10-2024 03:23 PM
Quote Decaffeinated 7-10-2024 04:45 PM
Ya ka Korut that childish?
Quote airfilterkotor 7-10-2024 04:51 PM
Nasib N.Korea ni secara geografinya tak berjiran dengan Indonesia.
Kalu tidak, buku bertemu ruas giteww.
Quote shernazz 7-10-2024 06:52 PM
Kasi santau lah..
Ajak bomoh siam n indon bergabung
Quote Flake123 7-10-2024 08:15 PM
Next kdrama; crap landing onto you
Quote aijinmisaki 7-10-2024 10:47 PM
Flake123 replied at 7-10-2024 08:15 PM
Next kdrama; crap landing onto you

Quote Zazama 7-10-2024 11:13 PM
Strategi perang apa nih?
Quote akido_kido 7-10-2024 11:24 PM
airfilterkotor: Nasib N.Korea ni secara geogra ...


Memang habis kedubes korut diberakin ????
Quote akido_kido 7-10-2024 11:27 PM
Zazama replied at 7-10-2024 11:13 PM
Strategi perang apa nih?

Dia provoke dan nak suruh takut tu.kalau tembak belon tu bercicir lah tahi tak tembak takut belon pengintip pulak
Quote grouper 8-10-2024 12:01 AM
Klau ikutkan rasanya Korea selatan yg mula dlu hantar propaganda ikut belon n pastu pasang speaker kuat2...skang korut hantar taik ko marah plak...apa la mcm pembuli je ni..dia buat org boleh org buat dia x leh
Quote kotakbaju 8-10-2024 08:20 PM
Kedubes korut tu hape pelik benor bunyik
Quote kotakbaju 8-10-2024 08:21 PM
akido_kido replied at 7-10-2024 11:24 PM
Memang habis kedubes korut diberakin ????

Kedubes korut tu hape
Quote kotakbaju 8-10-2024 08:23 PM
akido_kido replied at 7-10-2024 11:27 PM
Dia provoke dan nak suruh takut tu.kalau tembak belon tu bercicir lah tahi tak tembak takut belon  ...

So apa korea selatan buat ye? Diorang biar aje ke belon tu semua kalau biar aje belon2 tu nanti mendarat jatuh kat mane

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051222 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top