CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Letak Tuhan sebagai asas, badai perkahwinan boleh diatasi’ - Raja Ilya

9-10-2024 01:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39731| Komen: 56



Meskipun sudah enam tahun membina mahligai cinta bersama suami, pelakon Raja Ilya mengakui kehidupan berumah tangga bukanlah mudah malah penuh dengan pancaroba.

Pun begitu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, berkata, onak duri tersebut mampu didepani andai wujud toleransi antara pasangan selain banyak berdoa kepada Tuhan.

“Perkahwinan tidak mudah! Ia tidak pernah mudah. Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya selama enam tahun.

“Perjalanan dua orang bersatu penuh dengan cabaran, tetapi dengan meletakkan Tuhan di tengah, segalanya mungkin menjadi baik.

“Sepanjang menyelusuri ujian, kekuatan sebenar ditemui dengan berserah kepada kehendak-Nya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram

Mendahulukan agama dalam setiap keputusan, pelakon filem Appalam itu berpendapat, hubungan suami isteri akan menjadi lebih utuh sekiranya kedua-dua pasangan berpasak pada pegangan itu.


“Meletakkan Tuhan sebagai asas, pasangan boleh mengatasi setiap badai dan bangkit dalam kasih sayang.

“Dengan cara itu, kita menjadi lebih kuat dalam iman, lebih mendalam dalam cinta, dan lebih bersatu demi tujuan,” jelasnya.


Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, ramai netizen berpendapat perkongsian itu dibuat susulan kes perceraian Fattah Amin dan Fazura.

Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara sana.


Mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. 


Sumber — KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zirara99 8-10-2024 10:32 PM
Ooo pengalaman 6 tahun ingatkan 60 tahun dah..
Quote anilanil 8-10-2024 10:33 PM
Acik remilah dah ada upload blom gambar akad nikah yg salam tok kadi? Dah lama cari tak jumpa.
Quote penmerah 8-10-2024 10:35 PM
Gelinya pencaputan heshe
Takde cerminkqh?

Baidewei anak sheol menjadik yah. Terserlah comel geram tengok
Quote riyadhK 8-10-2024 10:36 PM
Jaga cikpek sendiri la begum
Quote rxz4727 9-10-2024 01:22 AM
Aku geli bila retis yang dedah sana dedah sini sembang letak Tuhan sebagai asas gini
Quote Carcosa 9-10-2024 03:05 AM
Brckp mcm dah kawen 60 tahun.
Asas being a Muslim pun kau dah fail, sembang asas dlm marriage bagai. Nih, gambar nikah mana? Ke setakat i do - i do je?
Quote rainbowrainz 9-10-2024 03:59 AM
Meletakkan Tuhan ditengah????kepalaaa bana ko lah apa punyaaaa ceritalah ko nak cakap yinnih.. jadahnyaaa lah...
Quote noor2 9-10-2024 04:07 AM
Dia ni taksub dgn suami dia dan family suami dia dan cara hidup org sana...x kisah hidup mcm.mana...tu hidup dia happy je kut....
Quote ReginaGeorge 9-10-2024 05:20 AM
Wow dah enam tahun melayari bahtera perkahwinan[em:24:] Record sendiri tak clean tak payah la nak terpaling.
Quote emera 9-10-2024 05:47 AM
6 tahun? Sembang!
Quote Buritan 9-10-2024 08:00 AM
rainbowrainz: Meletakkan Tuhan ditengah????k ...


Aku baca tajuk pun . Mesti dia kena ni.. hahaha
Quote bioessence 9-10-2024 08:16 AM
anilanil replied at 8-10-2024 10:33 PM
Acik remilah dah ada upload blom gambar akad nikah yg salam tok kadi? Dah lama cari tak jumpa.

Ish ish
Either cohabit or nikah register?
Quote bioessence 9-10-2024 08:18 AM
riyadhK replied at 8-10-2024 10:36 PM
Jaga cikpek sendiri la begum

Caner si Kelly ng ni jadi raja pulak?
Anak rajagopal ka
Quote yum3 9-10-2024 08:22 AM
ceehh minah kari ni. Semmmmmmmbangggggggg aaaaaaaaa.
ltk Tuhan kt paling atas konon... pooda cit
Kita tgok nanti pkwinan dia sampai belas2 taun tk?
Septutnya ko diam2 udah. tak yah komen
Quote sweetfasha 9-10-2024 08:23 AM
ko dengan fazz, bagai langit dengan bumi. tak payahlah nk nasihat sangat. simpan je utk diri sendiri dan 6 tahun akan datang
Quote SherryZass 9-10-2024 08:25 AM
Gambar nikah, salam tok kadi & sijil nikoh dah tunjuk keww?
Quote melinda_kerr 9-10-2024 08:40 AM
anak die comel. ngikut laki dia.
Quote makciktijah 9-10-2024 08:55 AM
kang gelak orang cakap sinis.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 08:57 AM
Kau ni pun..laki kau tu pun bukan ke ada acik ckp mcm pernah buat hal..diam2 udah le

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031495 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top