CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik Epal Akhirnya Sahkan Sudah Berpisah Dengan Jofliam - “10 Tahun Hidup Bersama. Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja"

9-10-2024 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39406| Komen: 58

 

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal akhirnya mengesahkan perkahwinannya bersama Jofliam sudah pun terlerai setelah terbina selama 10 tahun.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini.

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia (Jofliam) atas izin-Nya. Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” tulisnya.

Sebelum ini Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar, 36, pernah mendedahkan status mereka bukan lagi suami isteri setelah rumah tangga bergolak sejak empat bulan lalu.


Ibu kepada dua anak itu juga pernah digesa oleh Jofliam untuk membuka mulut memberi komen tentang perkahwinan mereka namun Cik Epal ingin menunggu waktu yang sesuai sehingga status rumah tangga disahkan.


Cik Epal menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu pergolakan rumah tangganya selagi proses mahkamah belum selesai.



Terdahulu, Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.

Dalam InstaStory, Jofliam turut mendakwa bahawa fitnah curang tersebut telah dirancang oleh kenalan terdekatnya.

Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 9-10-2024 04:50 PM
Tered ni sendu sbb chuols bukan retis.
Takziah la yer..
Quote Lolalala 9-10-2024 05:21 PM
Semoga anak² x kena downgrade life
Quote azalia72 9-10-2024 05:37 PM
Tengok IG dedua nih. nampak muka pizzah lagi kusut dari buah
Quote miss_perfect 9-10-2024 05:45 PM
Wartawan ni tak boleh ke confirm dengan dua2 nama diorang yang sebenar.
Quote syamzana 9-10-2024 05:59 PM
takziah...
lepas ni blh katup dah mana2 benang epal&pizza ni. epal pun rileks je bg stetmen, jgn plak pizza merentan tatau kepala ekor.
blh la teruskan menjual pizza 99 terbaik didunia disamping staf tersayang
Quote L.U.S.M 9-10-2024 10:47 PM
Bagusla cerai..mohon jgn rujuk blk
Korang ni xde bg sumbangan apa2 pun kt netizen..duk dlm iddah tu diam2 pls
Quote Lolalala 9-10-2024 11:25 PM
CE last update kata ex laki dia tak de curang. Tapi dia tak nak bukak mulut takut aib laki keluar. Tp dia ngaku ex dia bapak yg baik. Siap doakan ex berjaya mencapai cita². Huhuhu beza orang ada spm dgn x de spm punya pemikiran
Quote MelahJanda 9-10-2024 11:46 PM
itula kuat meriyak lagi. udah caca marba kepala bana jadinya
Quote Akalditipumata 10-10-2024 02:01 AM
Lolalala: CE last update kata ex laki di ...
Lolalala: CE last update kata ex laki di ...
Lolalala: CE last update kata ex laki di ...
haha.. dia nk meroyan pn xberani lepas kes f.. t jadi lain.. tp quotes dia berlawan..
Quote LautBiru52 10-10-2024 05:35 AM
Jo ni masih buat forex ke?
Quote fanaz82 10-10-2024 08:39 AM
lepas ni epal pergi oversea dgn anak2 je lah
Quote melekaifc 10-10-2024 09:40 AM
amam duit haram forex tu yang tak menjadi.
Quote tompie 10-10-2024 10:52 AM
pelik betul mcmana diorang ni boleh kaya raya..
produk lebih kurang aje..
Forex pun turun naik, takde ahh tiap2 hari ko untung besar..
pizza pun bukannye mass market..

Tapi hidup lavish gile, travelling lavish, naik business class..

Pelik betul aku
Quote mizruncing 10-10-2024 11:21 AM
aku takde la sonok bila dengar couple yg bercerai berai ni. tp dorang ni elok la kalau jodoh sampai situ sbb kalau bergabung ku tgk rempit btol perangai buah ni. terpaling la nak menyaman terpaling serba serbi ngan quote international dia tuh.. yela tau la dah byk duit hasil jadi blogger dulu2
Quote Bailandoooo86 10-10-2024 03:21 PM
kalau tgk kat Thread, beriya mak Dewik tu backup anak dgn jo
Quote stania83 10-10-2024 06:54 PM
bila dah kaya raya bercerai..asalnya depa ni misskin jee bila kahwin bergabung kaiya raiyaa
Quote shernazz 10-10-2024 07:42 PM
Kira pakcik.jofli.kawen.dgn.murni ke..
Hahahahahaa
Ngek betul la wartawan yang menulis ni..
Quote virgocircus 10-10-2024 08:16 PM
Lolalala replied at 9-10-2024 11:25 PM
CE last update kata ex laki dia tak de curang. Tapi dia tak nak bukak mulut takut aib laki keluar. T ...

Ni tanda2 yg omputih kata "He could be a good father but a lousy husband". Hanya isteri yg kenal perangai sebenar laki masing2.
Even dgn mak bapak pun belom tentu dia tunjuk perangai sebenar. Giteww
Quote Lolalala 10-10-2024 08:21 PM
virgocircus replied at 10-10-2024 08:16 PM
Ni tanda2 yg omputih kata "He could be a good father but a lousy husband". Hanya isteri yg kenal p ...

Epal luah dah, before Milan dia ok. Tapi lepas apa jadi di Milan, memang nekad dah dia nak move on.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.274445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top