CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Kini Bergelar Penyarah TESL

11-10-2024 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7533| Komen: 63

 


Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.

Menerusi coretan panjang di Instagram, Fazeera berkata dia tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di peringkat ijazah memandangkan dia sudah mempunyai kerjaya pada ketika itu.


“Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.  Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020.


“Di tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian kontrak kerana situasi covid 19 yang kian mencabar. Selama 6 bulan Faz stranded di Doha tanpa keluarga tercinta disisi. Balik je Malaysia, dua bulan kemurungan. Dan Faz tanya pada diri “sampai bila nak macam ni?”. Faz pun decided untuk opt for online learning sambil bekerja sebagai Customer Service Representative di Shopee (WFH).

“Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung dua kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar dah berlalu,” katanya.

Dalam pada itu, Fazeera meluahkan rasa syukur segala ujian dan rintangan yang dilalui olehnya membuahkan hasil dan kini bergelar pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.

“Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.

“Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan hadapinya dengan tenang,” tulisnya.


SUMBER: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cattiecute 11-10-2024 09:26 AM
alahai awal lagi ni aku masuk, kejap lagi aku masuk balik
Quote MisXoXo 11-10-2024 10:15 AM
Uni tu nk publisity sama tu
Quote slyfynx 11-10-2024 10:58 AM
Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.


Universiti mane?
Nape x tulis?
Baru degree kot terus jd pensyarah.
pastu dan2 nk kenang breakfast kt London
Quote SANKURIANG 11-10-2024 12:33 PM
slyfynx replied at 11-10-2024 10:58 AM
Universiti mane?
Nape x tulis?
Baru degree kot terus jd pensyarah.

Sama Uni dgn Ngai ke???? Kak kau baru ada degree tak kan la terus jadi pensyarah...ramai lagi yg ada Phad yg blm dapat isi jawatan lecturer tu kak ooii..
Quote mrseller 11-10-2024 12:43 PM
Uni shop lot ke uni kompleks mall?
Quote tahanie 11-10-2024 01:19 PM
Kenapa orang nak ambil tahu pasal dia? Dah scroll sampai ke bawah tetap boring. Dah la baju sama sampai 10 video.
Quote I.K.A888990 11-10-2024 03:14 PM
pensyarah kanan mcm uselestaz bangla tu ke
Quote limesherbet 11-10-2024 03:19 PM
Ckp english accent dia sgt lah fake
Quote limesherbet 11-10-2024 03:23 PM
Lecturer bukan minimum masters ke
Quote MelahJanda 11-10-2024 03:27 PM
apo akak ni dapat ijazah terus keje lecturer? ko biar benar? ngajar budak sijil vokasional ke?
Quote MatDeghem 11-10-2024 03:33 PM
limesherbet replied at 11-10-2024 03:23 PM
Lecturer bukan minimum masters ke

university shoplot tarak phd atau masters boleh jadi lecturer. Lecturer kanan, lecturer kiri


Quote Daftpunk_shine 11-10-2024 03:37 PM
Besau fizo haha
Quote Lampuled 11-10-2024 04:22 PM
Lecturer university ke kolej komuniti?
Quote sukacactus 11-10-2024 05:20 PM
Baru takat degree dah jd lecturer ko!
Quote makita 11-10-2024 06:05 PM
MatDeghem replied at 11-10-2024 03:33 PM
university shoplot tarak phd atau masters boleh jadi lecturer. Lecturer kanan, lecturer kiri  ...

Uni shoplot ada diploma pon leh jd lecturer chuols
Quote Kitty_catz 11-10-2024 06:07 PM
MatDeghem replied at 11-10-2024 03:33 PM
university shoplot tarak phd atau masters boleh jadi lecturer. Lecturer kanan, lecturer kiri  ...

laaaa uni shoplot kewww

ewuuuu berkerakkk nyierrrr

so lepas ni pijo makan duit bini keja lecturer la plak kannn
Quote Kitty_catz 11-10-2024 06:09 PM
Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.  Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020


haruslah.. ko kan cleaner toilet dan server atas katebang., statement tak boleh belah
Quote eyansss 11-10-2024 06:41 PM
ko amek degree kat uni mana?  acah2 jadi lecturer kat uni mana?  soalan serious ni...
Quote rayna_raynes 11-10-2024 07:17 PM
slyfynx replied at 11-10-2024 10:58 AM
Universiti mane?
Nape x tulis?
Baru degree kot terus jd pensyarah.

Private uni mcm Taylors/Sunway/KDU etc kot
Kalau setakat ajar budak diploma/foundation, degree holder pun ok. Gaji je kecik


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.040486 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top