CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang maut, 2 selamat, bangunan runtuh di Melaka

12-10-2024 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 61664| Komen: 12

 


Melaka: Seorang pekerja warga asing maut manakala dua lagi selamat dalam insiden bangunan runtuh di Jalan Bukit Senjuang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam insiden pada 6 petang itu, lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.

"Mangsa ditemukan di celah runtuhan pada 9.55 malam namun hanya berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada 12.16 tengah malam tadi.

"Mangsa yang selamat, Zubair Ahmed, 32, dan Abbas Ghulam, 49, kedua-duanya warga Pakistan, mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh termasuk leher, bahu dan kepala.

"Mereka masing-masing dikeluarkan dari runtuhan pada 6.40 petang dan 8.45 malam ini.

"Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Melaka," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri R Saiful Iswandy R Hassan pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 6.18 petang dan seramai 81 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu dan Melaka Tengah termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat (35 orang) tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari runtuhan yang melibatkan struktur bangunan satu tingkat berukuran 18.3 meter x 24.4 meter persegi yang masih dalam pembinaan," katanya.

Sumber: Harian Metro
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniac 13-10-2024 02:00 PM
Rumah sape?
Quote matamata 13-10-2024 02:21 PM
binaan haram/ tanpa permit
Quote airfilterkotor 13-10-2024 02:56 PM
https://www.sinarharian.com.my/a ... -diri---exco-melaka

Kompem satni pemilik premis kena kutip dgn polis.
Quote airfilterkotor 13-10-2024 02:59 PM
[youtube]7tklFfwSauU?si=-0w0uxG8mIh_Jsck[/youtube]
Quote zorrro_03 13-10-2024 03:13 PM
jeng jeng jengggg,  kita cawangan mana yang kenaaaaaa
Quote SalenaGomez 13-10-2024 07:35 PM
airfilterkotor replied at 13-10-2024 02:59 PM

Aikkk pass baton salah pd rakyat jelata kah?? Benda buat kat tempat bz, sebelah sekolah. Mmg kena tunggu report je ke baru boleh buat keje? Bukan kah kalau ada keje2 mencurigakan, pihak berkuasa boleh je check tanpa tunggu report
Quote tahanie 13-10-2024 09:24 PM
airfilterkotor replied at 13-10-2024 02:59 PM

Aihh kena ada aduan? Sikit punya tinggi naik dinding tu.
Quote fanaz82 14-10-2024 08:19 AM
runtuh kenapa? kat melaka sekarang ni musim hujan, mmg bahaya la
Quote airfilterkotor 14-10-2024 10:16 AM
SalenaGomez replied at 13-10-2024 07:35 PM
Aikkk pass baton salah pd rakyat jelata kah?? Benda buat kat tempat bz, sebelah sekolah. Mmg kena  ...

Kalau boleh, dia nak kalih tiang gol sikit supaya takde la nampak 100% salah dia.
Quote airfilterkotor 14-10-2024 10:17 AM
tahanie replied at 13-10-2024 09:24 PM
Aihh kena ada aduan? Sikit punya tinggi naik dinding tu.

Biasa la.
Quote airfilterkotor 14-10-2024 12:32 PM
fanaz82 replied at 14-10-2024 08:19 AM
runtuh kenapa? kat melaka sekarang ni musim hujan, mmg bahaya la

1000001459.jpg

Cer tengok tiang² tu elok jer tumbang secara seragam dan berjemaah.

Quote airfilterkotor 14-10-2024 12:49 PM
Senario ni sama macam kes runtuhan kat Male Beach Resort Chalets kat Pulau Perhentian Kecil.2 mati, 5 parah.


Tak lantik consultant.
Bina tanpa kebenaran dan kelulusan PBT.
Menggaji pekerja binaan tidak berdaftar dengan CIDB.

link: Resort runtuh di Pulau Perhentian: Pengarah urusan didenda RM150,000

Kes Melaka ni pemiliknya dah lari kann?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050760 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top