CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sayunya puisi ‘broken child’ Puteri Balqis buat anak Fazura, Fattah - "Buat adikku, Fatima"

14-10-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28363| Komen: 42

 


Membesar dalam keluarga yang berpecah-belah, pelakon Puteri Balqis berkongsi luahan hati buat anak selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian berbentuk puisi yang dimuat naik dalam Instagram, Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 17, berharap anak kecil berusia empat tahun itu cekal dan membesar tabah mengharung perceraian kedua ibu bapa, Fazura dan Fattah Amin.

Kata Balqis, biarpun orang tua sudah tidak lagi bersama, kasih sayang dan tanggungjawab kepada anak tetap mereka tidak akan lupa.

“Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak tidak sekali diabaikan walau keadaan memaksa.

“Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma.


“Bising seketika, biarkan dengan ilusi mereka. Bila kau membesar, pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, seperti mana yang mereka gembar-gemburkan,” katanya.

Tambah pelakon drama Khilaf Yang Tertulis itu, masyarakat hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan apa yang dilihat sedangkan tidak mengetahui perkara sebenar.

“Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku padaku, satu waktu dulu. Mereka mengharapkan aku membenci ibuku. Sedangkan apabila tiba waktunya aku lebih membenci mereka.

“Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar selama lebih 10 tahun. Tapi, sekali dibuka maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib. Aku saksi kecil yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka ini aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.

“Malah, kasih kepada ibuku makin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya, penyesalan kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat dan orang industri,” ujarnya.


Biarpun berdepan dengan situasi sama, namun kata Balqis, membesar dalam persekitaran keluarga yang berbeza membuatkan Fatima memiliki nasib yang lebih beruntung berbanding dirinya.

“Tapi ini aku kerana aku cuma ada ibu. Kisah kita sangat berbeza. Masa akan tiba untuk kau lebih bijak, berfikir dalam membuat keputusan. Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka.

“Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu kerana kau permata yang dikasihi. Terlalu jauh jika dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar.

“Anak sepertimu masih beruntung berbanding anak seperti kami. Maka bergembiralah anak seperti kami. Maka bergembiralah wakai anak kecil. Jangan kau sedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia,” katanya.


Dalam perkongsian sama balqis turut mengucapkan terima kasih buat Fazura dan Fattah kerana telah membesarkan anak mereka dengan baik.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limesherbet 14-10-2024 10:05 AM
Nak jugakkk menyelit
Quote myvi132806 14-10-2024 10:09 AM
Nampak matang
Suka dgn ayat "kita menderita kerana cinta"
Deep
Quote aikee04 14-10-2024 10:10 AM
Deep....
Quote Incanto 14-10-2024 10:14 AM
terciduk tak artis dan netizens yg ‘memekik’ .?
Quote azwanaliori 14-10-2024 10:16 AM
Wlupon aku menyampah muka budak rempit berkerak bajet speaking london ni tapi puisinya begitu bermakna.

Acik kasi 10 bintang
Quote Insomniac 14-10-2024 10:20 AM
Kenapa panggil morosechild instead of puteri balqis?
Quote msdummy.2018 14-10-2024 10:47 AM
Apa dia ckp tuh mmg ada kebenarannya..toksahlah korang menidakkan ayat2 dia tuh..mcm lah kau org tuh sesuci malaikat..terpaling betullll parentingya
Quote babelina 14-10-2024 10:55 AM
tu dia derita ko ye Balqis.. elok la ko bg ayat2 tu..setidak2nya.. ada yg sedar diri.. baik la diam dari sebok nk buat statement kes cerai mak bapak nyamma nie..
Quote NazRysha 14-10-2024 10:59 AM
beria la budak ni
acahh
Quote Nnasda53 14-10-2024 11:08 AM
Iols okay je dgn penulisan budak ni.
Itulah kebenaran nya lambat laun tak perlu menyalahkan sesiapa.
Quote Akalditipumata 14-10-2024 11:18 AM
[em:17:] moga yang baik2 sje utk aqish..
Quote prettyuglybabe 14-10-2024 11:33 AM
ramai je anak from broken home menjadi..
tapi yang berduit la..
yang menderita tu anak-anak yang dapat mak bapak macam dia..
Quote Thunderclouds 14-10-2024 11:36 AM
Yg pasti nyamma takan masuk bersamamu tibi3suku dekkkkk..
Halah³..........
Overrrrr
Quote sukacactus 14-10-2024 11:57 AM
Pada aku ok je dia nak berkongsi rasa
Dari team mak/bapak, baik jd team anaknya
Quote virgocircus 14-10-2024 12:03 PM
Insomniac replied at 14-10-2024 10:20 AM
Kenapa panggil morosechild instead of puteri balqis?

Nama pena la kot tu kaka...
Quote Acik2kepam 14-10-2024 12:11 PM
Netizen pun takyah la hasut2 nk suh budak tu benci mak bapak dorang.

Akak bosan betul bila org sibuk banding2kan eh budak tu mcm lagi rapat ngn si tutt blablaa
Eh kaau cuba org kata anak kaulebih sygkan pengasuh dia drpd kau? Mesti bengang juga kan.

Sejak dulu lagi asal ada kes cerai netizen sibuk sgt laa nk tentukan anak pasangan tu patut duk ngn sapa.
Paling keji bila salah sorang pasangan tu kahwin lain start dah dia bandingkan, mak tiri lebih baik drpd mak kandung laa
Sukati jerr padahal masa budak tu dlm rahim si ibu diceraikan gara2 si mak tiri mai menyondol.
Tiba2 bila dh jd mak tiri dikatakan plak lebih baik drpd si mak kandung.

Quote DARSITA 14-10-2024 12:15 PM

Kalau anak perempuan walau apa pun biar dibawah jagaan si ibu. (Ini tak termasuk ibu jenis syaiton nirajim ya).

Anak Faz akan ditatang mcm minyak yg penuh. Tak ada kekurangan apa pun.

Bukan mcm budak balqis emak pun huhahuha. Sekolah tak habis bapak pulak ada kes abuse.
Quote kaoru44 14-10-2024 12:18 PM
netizen biasa la mcm diaorg duk serumah dengan si polan tu plak tiba2 tau lebih..
Quote nolya 14-10-2024 12:18 PM
Tak perlu mencibir kpd Balqis hanya kerana dia mencoretkan sebuah puisi untuk Yamma dlm kesempataan kedukacitaan ayahibu si anak. Balqis ingin berkongsi rasa dlm perpisahan ayahbonda, dn nasib yg perlu diperjuangkan. Pokok perkaranya sama: 'broken home' walaupun  nasib dn gaya hidup berlainan.  Begitulah rezeki hidup yg mewarnai, ada yg terbela dn ada yg tidak.

Taqdir sudah tertulis sedemikian, sedangkan hidup perlu diteruskan. Ada hikmah di sebalik kejadian. Alhamdulillah, Balqis ada anugerah Allah berikan dn InsyaAllah, yakin kpd rezeki yg tertulis, semoga maju dn berhasil terus.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.110007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top