CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ragam BBNU, gaji 3k tapi mahu pakai Mercedes

14-10-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9871| Komen: 27|Original author: maklukpenggoda

 

Setiap orang pasti memiliki kereta idaman masing-masing betul tak?

Tak salah nak berangan supaya suatu hari nanti dapat memiliki kereta idaman kita. Tetapi, bak kata pepatah, perlulah ukur baju di badan sendiri.
Jika kita rasa mampu memilikinya, teruskan, namun jika tidak berpada-padalah dengan kemampuan yang ada.

Baru-baru ini tular selepas seorang penjual kereta berkongsi ragam pelanggan yang mahu memiliki kereta di luar gajinya.

Terkejut tengok bila pelanggan kongsi gaji bulanan

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang dikenali sebagai Umar, berkongsi perbualan ringkas dengan seorang pemuda yang berniat mahu membeli sebuah Mercedes.

Dia kemudian meminta pemuda berkenaan untuk mengisi beberapa maklumat dan mendapati pemuda itu hanya mempunyai gaji pokok RM1,500 sebulan dan gaji bersih RM3,000.

Malah, Umar juga menjelaskan kepada pemuda berkenaan bahawa memandangkan dia hanya memperoleh RM3,000 sebulan, bayaran pendahuluan perlu melebihi RM200,000 dengan penjamin.

"Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta bulanan lagi tinggi dari gaji dia. Inilah benda kau kena hadap dan control emosi bila jumpa orang macam ni," tulisnya.

Sumber : says.com.my 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asmurai 14-10-2024 08:14 AM
Edited by asmurai at 14-10-2024 08:36 AM

Peliknya. Gaji pokok RM1500, gaji bersih RM3000. Terbalik ke ni?

Anyway ini adalah sindrom generasi milennial - generasi yang membesar tertakluk di bawah strategi keibubapaan yg gagal. Mereka diberitahu bahawa mereka istimewa - sepanjang masa mereka diberitahu bahawa mereka boleh memiliki apa sahaja yang mereka mahu dalam hidup, hanya kerana mereka mahukannya.

Sesetengah mereka mendapat pingat penyertaan, mereka mendapat pingat kerana hadir sama walaupun pencapaian di tempat terakhir. Apabila mereka ini dewasa, baru mereka sedar dunia realiti di mana mereka tidak boleh memiliki walaupun mereka mahukannya.

Quote Kitty_catz 14-10-2024 08:51 AM
nak caya pum 50-50

SA sales sendhu kut.. tu yg kena buat ceghita hasannah
Quote kasibiman 14-10-2024 11:43 AM
set-tediii la bbnu susur galur megah holding.

kipidap
Quote petpom 14-10-2024 11:50 AM
asmurai replied at 14-10-2024 08:14 AM
Peliknya. Gaji pokok RM1500, gaji bersih RM3000. Terbalik ke ni?

Anyway ini adalah sindrom generasi ...

betol dah tu,, gaji pokok rm1500.. elaun n Ot.. rm1500
Quote A-Are 14-10-2024 11:55 AM
salesman buat cerita ni...byk je perangai gini...bila bayak view terus promote no agent
Quote tungkai 14-10-2024 12:04 PM
Ko approve kan aje loan dia tu. Kasi dia terkangkang bulan2. Bagi dia sedar sikit
Quote dewi_rina 14-10-2024 12:18 PM
Aiyo i kalau dapat pakai axia baru kaler teal blue tu i dah bersyukur cuols, janji tengah-tengah bulan i boleh beli barang shopping online bila ada sales
Quote makkenits 14-10-2024 02:17 PM
asmurai replied at 14-10-2024 08:14 AM
Peliknya. Gaji pokok RM1500, gaji bersih RM3000. Terbalik ke ni?

Anyway ini adalah sindrom generasi ...

possible.. gaji pokok rm1500 tapi bila campur elaun lain, jadi rm3000.. tapi kalo elaun kena tarik, gaji dia jadi rm1500 je la..
Quote Prickford 14-10-2024 02:31 PM
dewi_rina replied at 14-10-2024 04:18 AM
Aiyo i kalau dapat pakai axia baru kaler teal blue tu i dah bersyukur cuols, janji tengah-tengah bul ...

Betul. Bila gaji dah mampu utk pakai VW, kita memilih pakai Proton sebab nak ada lebihan duit yg bnyk utk online shopping
Kereta mcm mana pon, apa brand pon, tetap lah kegunaan nya dari point A ke B waima pakai Kancil mcm Azlan Komeng tu, tetap lah kegunaannya sama.



Quote dewi_rina 14-10-2024 02:36 PM
Prickford replied at 14-10-2024 06:31 AM
Betul. Bila gaji dah mampu utk pakai VW, kita memilih pakai Proton sebab nak ada lebihan duit yg b ...

I rela lagi pakai kereta biasa asalkan selesa.. Takde lah tengah2 bulan kena ikat perut sbb pakai kereta mewah
Cukup lah seadanya, kereta axia tu pun dah cukup selesa.. Kereta baru kan.. Kalau bujang selesa lah, kalau untuk family anak ramai sempit2 lah sikit
Quote matamata 14-10-2024 02:51 PM
Saja reka cerita bagi viral demi konten je ni....
Kenapa tak buat cerita gaji 3K nak beli kapal terbang ka...kapal persiaran ka...space X ka...
Alang2 dah nak mereka2 sgt
Quote matamata 14-10-2024 02:53 PM
Aku salesman helicopter...ada pelanggan aku gaji RM2K nak beli 10 bijik helicopter Blackhawk....
Quote matamata 14-10-2024 02:55 PM
Dgn harapan nanti adala sapa2 contact nak beli merc tu nanti....pikiran salesman BBNU mudah dibaca
Quote anony-mous 14-10-2024 04:19 PM
Kitty_catz replied at 14-10-2024 08:51 AM
nak caya pum 50-50

SA sales sendhu kut.. tu yg kena buat ceghita hasannah

I vote yg ni. Cerita hasanah
Quote airfilterkotor 14-10-2024 04:28 PM
Cerpen untuk isi masa terluang.
Quote _kelly 14-10-2024 04:37 PM
skrg ni kalau bukak fb memang pakat duk tulis karangan kat status..pakat kebulur viral belaka
Quote Kitty_catz 14-10-2024 04:50 PM
anony-mous replied at 14-10-2024 04:19 PM
I vote yg ni. Cerita hasanah

seppppppppppppp
Quote matseh 14-10-2024 05:12 PM
tik tok. jual kapal terbang.
Quote sayawifenikmie 14-10-2024 05:15 PM
hasanah sangat cerita ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037758 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top