CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zaitun susun strategi mahu kuasai semula pasaran tempatan

14-10-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25642| Komen: 23

 

Zaitun Industry Berhad ketika era kejayaannya tahun 1970an dan 1980an telah menguasai pasaran dengan pelbagai gimik menarik termasuk lagu iklan popular Zaitun yang berkumandang di media elektronik selain poster, papan iklan di seluruh negara sehingga membolehkan ia mencatat jualan puluhan juta ringgit setiap bulan.

Malah penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada tahun 1997 meletakkan ia sebagai syarikat tempatan yang berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya halal diamalkan untuk produk penjagaan dan kebersihan diri selain makanan dan minuman halal semata-mata.


Bagaimanapun pelbagai faktor dalaman termasuk krisis kegawatan ekonomi di rantau Asia menyebabkan syarikat yang diasaskan oleh Datuk Seri Mohd Kamal Teh pada tahun 1978 terpaksa di tutup pada tahun 2003.

Kini di bawah idea dan pemikiran usahawan muda, anak keempat daripada enam beradik keluarga Teh, Mohd. Nizam Teh menggalas tugas berat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mengembalikan jenama Zaitun di bawah syarikat Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. (Zaitun) untuk menguasai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu secara berperingkat. Lebih menarik lagi, ia kini berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.


 
“Kami mahu mengambil semula pasaran yang dikuasai sebelum ini (market share) iaitu sebelum Zaitun tutup operasi, pada peringkat awal kami mahu kuasai sehingga 20 peratus.

“Kami akan lebih aktif mempromosikan jenama dan produk, kami akan buat lebih banyak pameran jualan tahun depan dan menggunakan ruang sepenuhnya memasarkan produk kami di media sosial, kami kini habiskan masa sehingga 20 jam di TikTok live untuk mencapai misi tersebut,” katanya ketika ditemu bual secara online baru-baru ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 14-10-2024 10:15 PM
dah dpt retis tolong promo
Quote Thunderclouds 14-10-2024 10:43 PM
Baru kawen kn ceo ni.
Btiang lawo ori tikah dr bini dia
Very the maikel jeksen yach ropa imo
Quote manop 15-10-2024 07:36 AM
ambik je bam tah jadi duta...
nanti acik2 muka berminyak keledek goreng yg berangan nak ambik tempat mekjurah tu berator buat review dik...
Quote supernaturalee 15-10-2024 07:48 AM
kenapa tutup eh dlm 2003 tu
quality drop ke
atau org dh dpt produk yg lg better

Quote supernaturalee 15-10-2024 07:49 AM
kilang die ramai je seekers2 masuk shooting
kt youtube bersepah
nmpk scary jgk, ye lh bangunan tinggal kan

ni aktif balik operasi di kilang sm ke atau ada kilang baru
Quote otai_g 15-10-2024 07:53 AM
Ini family teh ada kaitan dgn andrian teh ke director filem paskal tu?
Quote gigahertz 15-10-2024 02:26 PM
supernaturalee: kenapa tutup eh dlm 2003 tuquality drop ke atau org dh dpt produk yg lg better

ada isu keluarga. zaitun ni kalau tak salah top managment semua ahli keluarga sendiri

Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 02:32 PM
ZAITUN
kukenali kesucianmu
aneka jenis barangan bermutu
ZAITUN

untuk anda sekeluarga
ZAITUN jenamanya
ZAITUN

dari dulu sampai sekarang
keunggulanmu tetap berkekalan
penuh dengan keyakinan

ZAITUN suci
ZAITUN segar
ZAITUN tetap sejati
ZAITUN memelihara diri
barangan bermutu kekal abadi

ZAITUN gunakan tanpa was-was



[youtube]OmmYmQSLbc4[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 02:34 PM
Zaiton Sameon tersenyum sinis
Quote DARSITA 15-10-2024 02:59 PM

sooo Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Eusuff Teh ada anak lelaki aii ingatkan anak dia semua perempuan.

Husband founder timbang kilo tu katanya cucu kpd Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Eusuff Teh .. Soon pasti dia promote zaitun product pulak.
Quote supernaturalee 15-10-2024 03:03 PM
otai_g replied at 15-10-2024 07:53 AM
Ini family teh ada kaitan dgn andrian teh ke director filem paskal tu?

tak pun johari teh?
pencipta lagu korban cinta, maria mariana?


Quote tripleid 15-10-2024 03:07 PM
Edited by tripleid at 15-10-2024 06:33 PM

Zaitun byk sponsor cite hantu kat tv zmn dulu2.


Btw klau nk ubat gg halal org skrg pkai brand Safi je yg ada gamat ngn habatus sauda.bagus produk tu
Quote edayildiz 15-10-2024 03:12 PM
sdp mcm colgate ke? nnti nk try la...kan colgate tu boikot kn
tiber ckp psl  boikot..tp mekdi i mkn
Quote netto_ 15-10-2024 03:21 PM
Aku da test ubat gg zaitun ni. Not bad. Best jgk. Cume xnampak jual kt pasaraya. Aku beli kt tiktok. Kalu ade jual kt pasaraya, 99 lg ok senang nk beli
Quote sharlenetexas 15-10-2024 04:20 PM
Kenapa bertahun2 menyepi tanpa khabar?

Quote sharlenetexas 15-10-2024 04:22 PM
Iols guna ubat gigi pepsodent tak rasa kering tepi bibir. Nk try zaitun pulak.

Quote Decaffeinated 15-10-2024 04:35 PM
Laa... ingatkan produk melayu macam Ramly
Quote white_musk 15-10-2024 04:47 PM
Produk muslim ni... kita mesti pakai...
Quote Paiya 15-10-2024 06:30 PM
aku suka losyen dia

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037585 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top