CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M saman Ahmad Zahid selepas dihina secara peribadi - “Nama saya Mahathir Mohamad. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ itu tidak benar”

15-10-2024 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24716| Komen: 12

 


KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau menyaman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana Timbalan Perdana Menteri itu menghinanya secara peribadi dengan membangkitkan `isu kutty’ yang menyentuh keturunannya.

Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau mengambil tindakan undang-undang tersebut selepas tiga bulan Presiden UMNO itu menyamannya pada April 2022.

Dr. Mahathir, 99, menjelaskan, saman terhadap Ahmad Zahid dibuat antaranya kerana kenyataan defendan berunsur pembohongan dan menggambarkan seolah-olah beliau (plaintif) bukan Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, masyarakat Melayu tidak meletakkan `anak lelaki’ sebaliknya menggunakan perkataan `bin’ pada nama.

Tegas Dr. Mahathir, dengan menggunakan perkataan `anak lelaki Iskandar Kutty’ seolah-olah membayangkan bahawa beliau bukan Melayu.


“Nama saya Mahathir Mohamad. `Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ yang didakwa tertera pada kad pengenalan berwarna biru itu tidak benar,” ujar beliau ketika disoal balas oleh peguam Mohd. Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid.

Bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan pada perbicaraan kes saman terhadap Ahmad Zahid kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu yang mempersoal keturunan dan perjuangan politik beliau ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, tujuh tahun lalu.

Pada prosiding itu, Mohd. Shahrul Fazli turut mempertikai mengapa Dr. Mahathir mengambil masa lima tahun untuk menyaman Ahmad Zahid walhal tindakan pantas perlu diambil untuk memperbetul dakwaan yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau mempunyai hak untuk mengemukakan tindakan saman yang didakwa menghinanya kerana masyarakat masih mengingati isu yang dibangkitkan apatah lagi dituturkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Orang lain boleh memanggil saya apapun, itu tidak mengapa kerana mereka bukan Timbalan Perdana Menteri. Siapa hendak percaya,” ujar beliau.

Dr. Mahathir selanjutnya berkata, komen peribadi Ahmad Zahid menjatuhkan namanya sebagai pemimpin politik menyebabkan parti yang dipimpinnya mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika ditanya mengapa beliau tidak menyaman Ahmad Zahid sebelum itu, plaintif menyatakan di antara 2018 dan 2022 beliau sibuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong bersambung Rabu. Dr. Mahathir diwakili Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-10-2024 12:35 AM
Wak jahid ponorogo ni tahu tak cikgu dia yg bernama bangnon tu pun berdarah yindiaaa ?
Quote Skuau 15-10-2024 12:41 AM
"TERNYATA...Wak asalnya dari indonesia"-Bapak Nusaraya
Quote supernaturalee 15-10-2024 08:22 AM
main nama bapak sampai masuk court eh
sgt biadap
tu pun ramai support
so sick!!

Quote adeqbun 15-10-2024 08:26 AM
kifarah juga kene kat tun mgkin..tp ai lg x sbr nak tgk kifarah ke wak jahit ni..
Quote Kitty_catz 15-10-2024 08:44 AM
haaaaa kat porem pun depa duk panggei tun lagu tu tunnn

Quote mawardia 15-10-2024 08:46 AM
Dia ada inject botox ke? awat jahid tu muka dia funny semacam. Veneer pun x nak kalah. Dah tua baru nak repair ke.
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 08:47 AM
Mahathir a/l Iskandar Kutty tersenyum sinis



[youtube]_SBa13Iibrw[/youtube]
Quote s@s@ 15-10-2024 08:49 AM
x boleh minta che gu setelkan ke?
47 kes boleh...
Quote nisako 15-10-2024 09:27 AM
hahaaaaaaa
Quote makciktijah 15-10-2024 10:09 AM
ponorogo tu penuh bangga citer keturunan konoha pun dpt jd tpm.
Quote bakingsoda 15-10-2024 11:29 AM
pasal nama pon jd kes saman menyaman wak jahit pon tgk2 la cermin tu, ko pon pendatang yg masih ulang alik ke kg halaman kan? pure bred melayu wujud lagi ke? tapi kurang2 kalau belah mak ayah tu kg nya kat malaysia ok la claim melayu malaysia
Quote lanacondor 15-10-2024 12:19 PM
Wak Zahid Pon perangai cam budak2. Nak gaduk ejek2 nama bapak.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031282 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top