CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dewan Rakyat: Jalan Masjid India selamat untuk semua aktiviti

15-10-2024 12:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24231| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR – Kawasan Jalan Masjid India disahkan selamat untuk semua bentuk aktiviti selepas mengambil kira pandangan kepakaran pelbagai agensi serta pertubuhan profesional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pandangan itu termasuk daripada Institusi Jurutera dan Pertubuhan Geoteknikal.

Kata beliau, ketetapan itu juga dibuat selepas Tindakan Audit Integriti Aset Utiliti oleh syarikat utiliti di kawasan ‘Central Business District’ termasuk Jalan Masjid India dilakukan.

“Penggunaan teknologi seperti kaedah ‘Ground Penetrating Radar’ (GPR) dan ‘Mackintosh Probe’ turut digunakan untuk menyiasat struktur tanah.

“Ujian geofizik seperti ‘Micro Gravity’ dan ‘Ground Settlement Monitoring’ juga digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan P. Prabakaran (PH-Batu), Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkenaan insiden di Jalan Masjid India di sini sebelum ini.

Zaliha berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula melaksanakan penyiasatan tanah mendalam menggunakan teknik ‘Deep Boring’ dan ujian makmal untuk memastikan struktur tanah stabil.

Tambah beliau, laporan geoteknikal untuk kawasan dikenal pasti berisiko akan turut disediakan oleh jurutera bertauliah.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan melalui DBKL menyumbangkan RM30,000 untuk membantu keluarga mendiang G Vijaya Lakshmi yang maut akibat tragedi berkenaan.

Kata beliau, waris juga menerima sumbangan RM10,000 daripada pihak swasta dan kerajaan tidak menghalang jika pihak keluarga mahu mengemukakan tuntutan melalui saluran perundangan terhadap agensi berkaitan.

“Ketika kejadian berlaku, Kerajaan Malaysia sudah mengerahkan seluruh kekuatan anggota dan aset ke kawasan insiden. Dalam tempoh sembilan hari pencarian, sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan kos operasi.

“Jangan lupa anggota yang turut bergadai nyawa memasuki ruangan sempit dan berbahaya. Semua kos dan pengorbanan ini adalah bukti kerajaan tidak mengambil mudah soal nyawa insan sama ada warga tempatan mahupun pelancong asing,” katanya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 15-10-2024 12:21 AM
selamat atau tak, mohon semua orang berjimat cermat lah dalam berbalanja kerana harga minyak kita tidak tahu lagi
Quote kotakbaju 15-10-2024 08:59 AM
Tang kawasan mendiang jatuh tu masih ditutup lagi ke atau dah dibukak laluan kepada orang ramai
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 09:18 PM
Seram dengan hantu keling masok lobang taik
Quote edayildiz 15-10-2024 09:42 PM
mmg takkan pergi belah situ..lgpun sblm kejadian tanah jerlus tu pun mmg xpnh pergi sana...i xsuka pergi tmpt org ramai cmtu
Quote Skuau 15-10-2024 10:02 PM
Tuan2,puan2 semua boleh cuba......kalau x caya...boleh meloncat loncat kt tempat jerlus aritu..Cayalah...jerlus takkan 'berbuah 2x'
Quote TomyamPuteh 15-10-2024 11:40 PM
Mohon Menteri2  lagi lagi Acik Leha pegi buat lawatan dulu sambil lompat2 dkt situ untuk menunjukkan betapa selamatnya tempat tu.
Quote felinecat 16-10-2024 06:36 AM
Ni nak counter media singapore tu ke, yg bawa tukul ketuk2 jalan, scary
Quote supernaturalee 16-10-2024 07:51 AM
jgn ada plk yg nk bina tmpt sembahyang ke tugu peringatan ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.115463 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top