CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Tahun Sulam Cinta, Hubungan Alif Hadi & Yasmin Hani Putus Di Tengah Jalan

15-10-2024 12:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30056| Komen: 43

 


Pelakon, Alif Hadi mendedahkan hubungan percintaan bersama aktres, Yasmin Hani sudah putus sejak Ogos lalu.

Ketika ditemui XTRA, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka.

Bagaimanapun, Alif reda jodoh bersama Yasmin terhenti di tengah jalan selepas bercinta selama tiga tahun.

“Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.

“Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga,” katanya.

Meskipun masing-masing sepakat untuk berpisah, Alif menjelaskan dia masih mengekalkan hubungan yang baik bersama Yasmin dan anak-anak.

“Saya kalau boleh tak nak letakkan kesalahan pada mana-mana pihak lagipun, perpisahan ini keputusan bersama.


“Kami masih berhubung dan kadang-kadang anak-anaknya ada ‘video call’ saya sebab rindu. Mereka kata nak jumpa, selepas ABPBH ini, mungkin akan cari masa untuk berjumpa mereka.

“Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak bergaduh pun. Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh sebab industri ini sangat kecil,” tuturnya lagi.


Alif berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.

Alif mengakui sedih kisah cintanya bersama Yasmin selama tiga tahun terlerai, namun aktor filem Bulan dan Pria ini enggan membuang masa dan mahu meneruskan kehidupannya.

“Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami dah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu ‘move on’.

“Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi (menang anugerah).

“Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, kehadiran Alif ke malam kemuncak ABPBH36 tanpa ditemani Yasmin menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan mereka.

Sekadar info, Alif menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin tiga tahun lalu selepas aktres itu berpisah dengan suaminya, Sha’rin pada November 2021 lalu.

Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, tujuh tahun.


Sumber : XTRA, HotFm

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 15-10-2024 12:19 AM
Dia ni dulu suka pompuan lain kan

Quote I.K.A888990 15-10-2024 12:43 AM
penat je hakak tu tayang tiak adoi
Quote SR4tahun 15-10-2024 12:52 AM
Ok noted nextttt
Quote rbmy 15-10-2024 07:57 AM
penat je kak min peluk2... akhirnya
Quote pichee 15-10-2024 08:00 AM
tgk dlm abph tu.. ya ampun.. kacak sungguh la ank ikan ni..
Quote chimotmomot 15-10-2024 08:05 AM
ada sugar mummy baru kewwww
Quote Kuin-Kepam 15-10-2024 08:08 AM
nak bersemoga ala @Kurex la

bebird terbang..bebird terbang coming soon..semoga!
Quote Minami2013 15-10-2024 08:12 AM
Lelaki ni tak nak kahwin pun. Awal2 lagi dah mcm2 alasan. So tak heran pun putus.
Quote adeqbun 15-10-2024 08:14 AM
penat la duk bermanja2 clingy boyfieee kemain..
Quote ainonymous 15-10-2024 08:26 AM
emmm memasing dah puas henyak sesama sendiri, tiba takde jodoh pulekkk...kau saje je kann..
Quote MyLadyMarmalade 15-10-2024 08:27 AM
Ada terbaca porumer spill pasal ni dlm benang sapa ntah..porumer tu kata nampak alip ni dgn staff astro
Quote prince_marhaen 15-10-2024 08:29 AM
dah puas main lettuwww... dah tau tanggungjawab besar, periuk besar nak jaga... komitmen besar...angkat kaki lerrr...
Quote kmbg 15-10-2024 08:32 AM
Muka mcm nak menangis time interview dah kenapa ?mamat ni pun duda kan..host sendu program bebudak kt rtm dulu2
Quote lasagna 15-10-2024 08:33 AM
alaa ckp ler tak nak komitmen..
Quote cicicumel 15-10-2024 08:34 AM
Mmg keputusan tepat la dia x nak kawin dulu kan?just couple.. btw, bkn ke mamat ni ke yg pernah confess ada hati ke Nelofa?
Quote noor2 15-10-2024 08:37 AM
Dah puas dah pun kan....
Quote mawarkhayalan99 15-10-2024 09:15 AM
konsep nya ala2 habis madu sepah dibuang ke chuolsss
Quote misszazaz 15-10-2024 09:16 AM
pulak
Quote NazRysha 15-10-2024 09:21 AM
pandai jantan ni
cari single mum untuk main2
kalau anak dara kang komitmen
kena ajak kawin

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.085553 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top