Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.
Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama. Sumber : Harian Metro |
mizzmimi replied at 15-10-2024 03:10 PM
Tahniah le nok..
Tahun ni takdelah karangan recycle eniberseri la.. citer pasal bini kencing dalam ...
aciksenah replied at 15-10-2024 03:11 PM
Duda yang ni tak de ciknet nak berebut ke? Mohon buat live..
alesandra replied at 15-10-2024 03:14 PM
Mak mentua from hell tersenyum sinis
kmbg replied at 15-10-2024 03:13 PM
Adik sayang dah tak sayang abang ke..adui apahal nk masuk barisan duda utk dihalalkan ke
ADVERTISEMENT