CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 laluan utama di Kuala Lumpur dinaiki air

15-10-2024 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33981| Komen: 10

 


Kuala Lumpur: Taburan hujan lebat sehingga 114 milimeter (mm) sejam mengakibatkan 11 laluan di sekitar ibu negara, di sini dinaiki air hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hujan lebat bermula 8.30 pagi mengakibatkan limpahan air terutama di Sungai Batu,Sungai Klang, dan Sungai Gombak.

"Kawasan yang terjejas adalah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato' Onn), Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (Bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang dan Jalan Segambut.

"Turut terjejas, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell) Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street)," menurut kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama DBKL berkata, kejadian banjir itu berpunca berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 mm sejam.


Katanya, bacaan taburan hujan di stesen pusat bandar mencatatkan bacaan melebihi 114 mm.

"Petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.

"Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik.

"Setakat 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala," katanya.

Menurutnya, dua buah pam statik diaktifkan di Jalan Sultan Azlan Shah dan tiga buah pam mudah alih diatur gerak bagi mengepam air air bertakung.

Katanya, keadaan kembali beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian susulan tindakan proaktif pihak DBKL.

Berdasarkan tindakan diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung surut dalam tempoh 30 minit.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya," katanya.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-10-2024 04:02 PM
"Turut terjejas, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell) Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street)," menurut kenyataan hari ini.


dh lama tak pi PS boutique
meriah lg ke mcm dulu?

Quote Skuau 15-10-2024 04:36 PM
tragedi oktober.
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 04:41 PM
tragedi oktober bernafas dalam lumpur
mahligai syahdu mentera semerah padi
di sana menanti di sini menunggu
di persimpangan dilema di ambang wati

usang pasti luka dilukai



[youtube]1-hMoZq1140[/youtube]
Quote tukul 15-10-2024 04:44 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 04:41 PM
tragedi oktober bernafas dalam lumpur
mahligai syahdu mentera semerah padi
di sana menanti di sini m ...

Amboi Pak Talib..suara dah mcm iwan dangdut
Quote ninja boy 15-10-2024 04:58 PM
Kalau kl tu hujan cancel pi kerja wfh jah, kalau hampir sangkut jem terus parking car level atas siap2
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 05:02 PM
Ni musti sumpahan hantu keling masok lobang taik tak jumpa-jumpa
Quote KuewTeuwKungFu 15-10-2024 09:46 PM
Smga diprmdhkn urusan semua...
Quote Skuau 15-10-2024 09:53 PM
Tuan2,puan2...jangan rhisau....segala bangla,pakis,nepal,myanmar,indon,negro dll...akan datang membantu tuan2,puan2....sb itula kita biar jer depa ni semua mai negara kita......
Quote manop 16-10-2024 02:25 AM
Skuau replied at 15-10-2024 09:53 PM
Tuan2,puan2...jangan rhisau....segala bangla,pakis,nepal,myanmar,indon,negro dll...akan datang memba ...

bodow nye komen...
Quote pokokmeranti 16-10-2024 07:54 AM
Sanusi dah turun tgk keadaan banjir di KL ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030607 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top