CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tidak Terganggu Ataupun Beri Kesan Kepada Saya. Doakan Saya Cepat Kahwin" – Azira Shafinaz Tak Risau Ramai Artis Bercerai

15-10-2024 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20305| Komen: 0

 


Kes perceraian beberapa selebriti tanah air yang bertali arus sejak akhir-akhir ini tidak langsung mematahkan semangat pelakon jelita, Azira Shafinaz untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Bagi Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, setiap pasangan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup.

“Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan.

“Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2 baru-baru ini.


Ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, anggota kumpulan De Fam itu tiada jawapan tepat buat waktu sekarang kerana fokus tertumpu buat diri dan juga kerjayanya.

“Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia.

“Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah.

“Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

September tahun lalu, dia juga pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.

Awal 2023 pula, pelakon drama Ijab Kabut itu dalam satu temu bual bersama Kosmo! mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih. –


Sumber :  KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.023874 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top